PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hujan lebat berpanjangan punca banjir di Karak

Hujan lebat berpanjangan punca banjir di Karak

Kuala Lumpur: Kejadian banjir di Karak berpunca daripada ribut petir dan hujan lebat yang berpanjangan, bermula pada malam 18 Februari hingga awal pagi kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan itu turut berlaku di beberapa daerah di Pahang, Selangor dan Perak.

“Hujan lebat ini bukan disebabkan oleh luruan monsun, tetapi oleh penumpuan angin di kawasan tengah Semenanjung pada tarikh berkenaan,” katanya kepada BH.

Beliau berkata, Metmalaysia turut menjangka luruan monsun akan memasuki rantau negara pada 21 hingga 25 Februari ini.

Amaran hujan berterusan

Katanya, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Sabah, Sarawak dan timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

“Amaran hujan berterusan akan dikeluarkan sebaik output model ramalan mencapai tahap keyakinan yang tinggi,” katanya.

Kelmarin, BH melaporkan Kampung Karak Setia dan Kampung Mangin di Karak, Bentong, Pahang, dilanda banjir dengan 38 keluarga sudah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak Setia.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir yang berpindah ke PPS SMK Karak Setia meningkat kepada 95 orang.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search