PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Stor e-waste terbakar sejak Jumaat masih belum padam - Bomba

Stor e-waste terbakar sejak Jumaat masih belum padam - Bomba

SEGAMAT - Kebakaran sebuah stor disyaki simpanan sampah elektronik (e-waste) yang berlaku di Kampung Usaha Jaya, di sini, sejak Jumaat sudah berjaya dipadamkan sebanyak 60 peratus.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Penolong Pegawai Bomba Mohd Hafifie Md Sarif berkata, kerja operasi pemadaman dengan melemaskan menggunakan tanah dan pasir sedang dijalankan. "Kawasan kejadian dibahagikan kepada tiga sektor iaitu A, B dan C.

"Bagi sektor A dan B, sudah berjaya dipadamkan. Jadi, peratus kebakaran yang masih tinggal adalah sebanyak 40 peratus," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan pemantauan kejadian kebakaran bahan aluminium di sebuah stor disyaki simpanan e-waste.

Ketua Pengarah Bomba, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.05 pagi, Jumaat.

Menurutnya, operasi pemadaman tidak boleh menggunakan air dan 'foam' (bahan pemadam api jenis buih) kerana bahan tersebut bertindak balas menghasilkan gas hidrogen yang berbahaya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search