PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kekurangan silinder LPG di Miri akibat banjir di Bintulu

Kekurangan silinder LPG di Miri akibat banjir di Bintulu

Isi rumah dan pemilik perniagaan di Miri berdepan kekurangan silinder LPG akibat gangguan bekalan disebabkan banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.

PETALING JAYA: 

Isi rumah dan pemilik perniagaan di Miri berdepan kekurangan tong gas petroleum cecair (LPG).

Kekurangan itu yang dikatakan berpunca daripada banjir dan tanah runtuh melanda sebuah terminal LPG di Bintulu, menyebabkan banyak isi rumah dan pemilik perniagaan kecewa.

Pemilik perniagaan, Mohamad Abdullah Jamin, berkata isu bekalan silinder LPG bermula seminggu lalu.

“Saya biasanya simpan sehingga lapan silinder LPG di gerai saya, tetapi disebabkan gangguan bekalan, enam sudah digunakan sepenuhnya. Saya hanya tinggal dua silinder LPG yang tidak dapat bertahan lama,” katanya menurut Borneo Post.

Judy Balan, pemilik rumah dari Permyjaya, Miri berkata dia gagal mendapatkan silinder LPG baharu sejak minggu lalu.

“Saya tanya kawan-kawan saya, tetapi mereka juga sukar dapatkan untuk diri sendiri. Akhirnya, saya dapat membelinya dari pasar mini di Bakam, lebih 50km dari rumah saya.”

Seorang pemilik restoran enggan dinamakan berkata, dia mungkin terpaksa berhenti operasi beberapa hari jika masih gagal mendapatkan silinder LPG.

Ramai menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial kerana terpaksa menunggu lama dan sukar mendapatkan silinder LPG.

Seorang pengguna media sosial berkata, dia terpaksa menggunakan dapur elektrik untuk memasak kerana gagal mendapatkan silinder LPG baharu.

Tanah runtuh dan banjir dekat terminal LPG di Bintulu akibat hujan lebat menyebabkan pengedar LPG PetrosNiaga mengubah laluan pengedaran ke terminal minyak bebas Senari di Kuching.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search