PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

SPM 2024 berjalan lancar – KPM

SPM 2024 berjalan lancar – KPM

KUALA LUMPUR: Perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 membabitkan 402,956 calon di 3,337 pusat peperiksaan berjalan lancar, meskipun berlangsung dalam situasi banjir di beberapa negeri ekoran musim Monsun Timur Laut (MTL).

Justeru, Kementerian Pendidikan (KPM) memuji kecekapan dan koordinasi pengurusan bencana di antara agensi dan jabatan kerajaan dalam memastikan peperiksaan yang berlangsung 2 Disember 2024 hingga 6 Februari lalu, dilaksanakan dengan baik.

“Ini adalah hasil kesiapsiagaan awal, pengurusan cekap dan kerjasama erat dengan agensi kerajaan seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Ia termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, KPM turut menzahirkan penghargaan kepada lebih 100,000 petugas peperiksaan yang merangkumi orang awam termasuk pesara guru.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua 126,636 petugas peperiksaan.

“Ia turut melibatkan 5,780 sukarelawan dalam kalangan orang awam termasuk pesara guru yang telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan SPM Tahun 2024,” katanya.

Kepada calon SPM Tahun 2024, KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka atas semangat juang, kecekalan dan kejayaan menduduki peperiksaan termasuk dalam situasi mencabar.

“KPM mendoakan yang terbaik untuk semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024. Semoga kejayaan menjadi milik anda untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search