PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Situasi banjir semakin pulih, namun rakyat diingatkan terus waspada

Situasi banjir semakin pulih, namun rakyat diingatkan terus waspada

KUALA LUMPUR, 9 Feb: Walaupun situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin pulih selepas dua minggu bencana itu, namun orang ramai diingatkan untuk terus berwaspada.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebook hari ini mengingatkan perkara itu kerana terdapat kemungkinan berlakunya luruan yang membawa hujan lebat berikutan Monsun Timur Laut yang masih berlaku sehingga Mac ini.

Selain itu, beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan pengurusan bencana di Sabah dan Sarawak setakat ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir.

“Saya berharap pihak NADMA akan terus menyusun atur gerak kerja pasca dan pembaikan dengan pelbagai agensi kerajaan yang terlibat bagi mempercepatkan pemulihan terutamanya infrastruktur di kawasan yang terjejas.

“Ini bagi memastikan keadaan kerosakan yang terjadi akibat banjir tersebut tidak mengancam keselamatan dan memberi gangguan kepada penduduk dalam tempoh yang lama,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung
Pengunjung

Search