PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Penguang hargai usaha semua pihak tangani banjir di Beluru

Penguang hargai usaha semua pihak tangani banjir di Beluru

MIRI, 8 Feb: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datuk Dr Penguang Manggil menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir di daerah Beluru.

Menurutnya, pengurusan yang cekap memudahkan urusan semua pihak di sini.

“Jadi pada masa ini saya sangat berpuas hati dengan pengurusan (arrangement) yang telah dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan juga Pejabat Daerah yang telah bekerja keras 24 jam seminggu.

“Jadi kita berharap keadaan ini akan bertambah baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau kawasan banjir di daerah Beluru, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, katanya terdapat jalan raya yang rosak akibat daripada bencana banjir ini.

Oleh itu, beliau merayu agar pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

“Walaupun demikian saya ingin jugak menekankan di sini bahawa akibat banjir ini nanti kita dapat melihat jalan rosak, tanah runtuh dan sebagainya.

“Saya merayu kepada JKR dan juga Jawatankuasa Bencana Bahagian dan juga untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memulihkan keadaan dan meringankan beban lebih lebih lagi kampung yang terlibat dalam banjir ini,” ujarnya lagi.

Tambah Penguang, setakat ini sebanyak 49 buah rumah panjang di daerah Beluru terjejas banjir yang melibatkan 4,000 orang penduduk.

Kemas kini setakat ini juga sebanyak dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka iaitu PPS Dewan Masyarakat Beluru (44 KIR), dan PPS SMK Bakong (21 KIR).

Manakala untuk daerah Marudi pula, sebanyak lebih 30 buah kampung dilanda banjir namun tiada PPS yang dibuka setakat ini. – TVS

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search