PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tanah runtuh: Penghuni lapan rumah Lorong Rantau Panjang, Teku dipindah ke PPS

Tanah runtuh: Penghuni lapan rumah Lorong Rantau Panjang, Teku dipindah ke PPS

SIBU, 6 Feb: Para penghuni lapan rumah di Lorong Rantau Panjang Jaya, Teku dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Bahagia Jaya pada malam Rabu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata mereka dipindahkan susulan kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan berkenaan pada malam Selasa.

“Atas sebab-sebab keselamatan dan didapati masih ada pergerakan tanah, pihak berkuasa telah mengambil keputusan untuk meminta penghuni dari lapan rumah berpindah malam ini (Rabu),” katanya menerusi hantara di media sosialnya.

Beliau turut melawat para penghuni rumah berkenaan di PPS itu pada malam Rabu.

“Diharapkan pemilik rumah dan keluarga mereka untuk tidak mendiami dahulu rumah-rumah ini sehingga rumah mereka dan keadaan tanah stabil dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search