PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk

Bangkok tutup lebih 350 sekolah susulan pencemaran udara teruk

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat menutup lebih 350 sekolah di ibu negara Bangkok akibat pencemaran udara, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan Khaosod English.
 
Pentadbiran Metropolitan Bangkok mengarahkan penutupan kesemua 352 sekolah dan mengadakan kelas dalam talian disebabkan oleh kualiti udara yang buruk di bandar raya itu.
 
 
Bangkok kini merupakan bandar raya keempat paling tercemar di dunia, menurut pemantau kualiti udara IQAir yang berpangkalan di Switzerland.
 
Jumlah sekolah yang ditutup pada Jumaat adalah yang tertinggi sejak 2020, apabila kesemua 437 sekolah di Bangkok ditutup akibat pencemaran udara.
 
Mikropartikel penyebab kanser atau bahan pencemar PM2.5, mencecah 108 mikrogram setiap meter padu, menurut IQAir.
 
Pihak berkuasa tempatan menasihatkan orang ramai untuk mengelak daripada keluar rumah, bekerja dari rumah dan menyekat kemasukan kenderaan berat ke kawasan bandar.
 
-- BERNAMA
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search