PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan

Taipei: Gempa bumi bermagnitud 6.4 dan beberapa kejutan lanjur melanda selatan Taiwan awal pagi Selasa, mengakibatkan rumah dan jalan runtuh, dengan puluhan cedera serta 50 orang terperangkap di perkampungan mereka, lapor Agensi Berita Pusat (CNA).

Menurut data terkini Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.

Di Kampung Xixing, Daerah Dapu di Wilayah Chiayi, yang juga pusat gempa, kerosakan teruk dilaporkan, dengan jalan masuk ke kampung terbabit terhalang, menyebabkan kira-kira 50 penduduk terasing.

Pejabat dan sekolah di Dapu ditutup pada Selasa berikutan kerosakan itu.

Sementara itu, lapan individu yang sebelum ini terperangkap dalam bangunan di Bandar Tainan dan Chiayi berjaya diselamatkan, menurut Agensi Bomba Kebangsaan.

Di Daerah Jiasian, Kaohsiung, jalan yang terhalang akibat batu-batu yang jatuh telah dibersihkan oleh Biro Lebuh Raya.

Manakala di Perbandaran Haituan, Taitung, jalan raya yang terhalang oleh cerun yang runtuh dijangka dibuka untuk laluan sehala menjelang tengah hari dan kembali kepada dua hala pada pukul 3 petang.

Gempa bumi utama melanda Chiayi pada 12.17 tengah malam dengan intensiti tertinggi dicatatkan di Dapu pada tahap 6- dalam skala intensiti 7 tingkat Taiwan, yang menggambarkan tahap kesukaran untuk berdiri, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Sehingga 3.30 pagi, hampir 50 kejutan lanjur telah direkodkan di selatan Taiwan, dengan yang terkuat bermagnitud 5.2 pada 1.42 pagi, menurut data CWA.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search