PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

16 maut, 5 hilang akibat tanah runtuh di Jawa Tengah

16 maut, 5 hilang akibat tanah runtuh di Jawa Tengah

Sekurang-kurangnya 16 orang maut dan lima lagi dilaporkan hilang selepas tanah runtuh akibat hujan lebat yang melanda wilayah Jawa Tengah, Indonesia, menurut polis dan pegawai bencana semalam.

“Sebanyak 16 orang disahkan maut, 10 mangsa yang cedera telah dirujuk ke hospital dan pusat kesihatan komuniti terdekat,” kata Ketua Polis Pekalongan, Doni Prakoso, kepada penyiar tempatan Metro TV.

Beliau berkata tanah runtuh itu berlaku kelmarin dan pasukan penyelamat sedang berusaha mencari sekurang-kurangnya lima orang yang masih hilang.

“Hujan di Pekalongan sangat lebat, dan kawasan yang paling teruk terjejas berada di kawasan berbukit atau pergunungan,” jelas Doni.

Rakaman televisyen menunjukkan sukarelawan mengangkat mayat dari kawasan tanah runtuh menggunakan pengusung buatan sendiri, dengan jalan raya dilitupi lumpur tebal.

Pegawai agensi bencana Jawa Tengah, Bergas Catursasi Penanggungan, berkata usaha mencari tertangguh kerana kesukaran untuk mengakses kawasan terjejas.

“Sukarelawan sedang dalam perjalanan ke lokasi,” katanya kepada Kompas TV. Masa amat terhad disebabkan cuaca, kami sedang berlumba dengan masa.

“Sukarelawan tempatan turut membantu usaha mencari bersama pasukan penyelamat, manakala jentera berat akan dikerahkan untuk membantu menggali mangsa yang mungkin masih hidup.

“Seterusnya, bagi mereka yang tertimbus di bawah tanah lebih tebal, kami berharap bantuan daripada peralatan berat,” katanya.

Indonesia sering terdedah kepada tanah runtuh semasa musim hujan, biasanya antara November hingga April. Bagaimanapun, beberapa bencana yang disebabkan oleh cuaca buruk juga berlaku di luar musim itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. AFP

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search