PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Gempa bumi 6.4 magnitud landa Taiwan

Gempa bumi 6.4 magnitud landa Taiwan

TAIWAN: Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud melanda kawasan pergunungan di berhampiran bandar chiayi, selatan Taiwan, tangah malam tadi waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, gegaran turut dirasai sehingga ke ibu kota Taipei dan terdapat laporan kerosakan kecil diterima.

Pusat gempa terletak di kawasan perkampungan Dapu dalam daerah Chiayi pada kedalaman 9.4 kilometer.

Terdapat juga laporan mendakwa ada beberapa individu terperangkap dalam bangunan rosak dengan sebahagian daripadanya sudah diselamatkan.

Setakat ini, tiada kehilangan nyawa dilaporkan.

Gempa besar terakhir di taiwan berlaku pada April lalu, apabila gempa magnitud 7.2 melanda daerah Hualien, mengorbankan 13 orang.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search