PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini

Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat jam 8 pagi ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa di daerah Saratok meningkat kepada 85 orang daripada 21 keluarga berbanding 39 orang daripada 15 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Rumah Dayak Saratok sejak petang semalam.

Kesemua mangsa banjir terdiri penduduk dari Rumah Tembawai Kapok iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Awik, Saratok.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 877 mangsa daripada 328 keluarga.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 816 mangsa daripada 311 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pitas manakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.

"Tiada hujan di daerah Pitas dan Paitan pagi ini. Jalan ke 85 kampung di kawasan Pitas sukar dilalui berikutan banjir selain penduduk mengalami kesukaran untuk melalui kawasan terbabit manakala paras air di Sungai Katasan dan Sungai Bengkoka di Pitas berada di bawah paras waspada,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search