PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat 1,533 orang

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat 1,533 orang

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu meningkat kepada 1,533 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang direkodkan adalah seramai 882 orang berbanding 651 orang malam tadi membabitkan 267 keluarga yang ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Machang.

Jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan ketika dihubungi berkata, Tanah Merah merekodkan mangsa paling ramai iaitu 633 mangsa membabitkan 208 keluarga yang berada di 13 PPS, manakala di Kuala Krai 165 mangsa membabitkan 38 keluarga dan Machang 84 mangsa daripada 21 keluarga.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan berkata, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat paras bahaya sehingga pagi ini berikutan hujan lebat berterusan yang melanda negeri ini sejak pagi semalam.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 651 orang daripada 177 keluarga di tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, terdapat 17 PPS dibuka di tiga daerah itu ketika ini iaitu 11 di Hulu Terengganu, lima di Besut dan satu di Kemaman.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan satu sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Telemong di stesen Kampung Kuala Ping di daerah Hulu Terengganu. Dua lagi sungai pula telah melimpah melebihi paras amaran iaitu Sungai Nerus di stesen Kampung Bukit (Setiu) serta Sungai Tebak di stesen Jambatan Tebak (daerah Kemaman). – UTUSAN

 

 

 

 
 
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search