YB Datin Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri di JPM (Tugas-tugas Khas) Meluangkan Masa Mendengar Taklimat Situasi Terkini Kejadian Bencana di Seluruh Negara Bertempat di National Disaster Command Centre (NDCC) Pulau Meranti, Puchong
- Admin UKK
- Berita
31 Disember 2020 - Hari ini YB Datin Mastura Mohd Yazid, Timbalan Menteri di JPM (Tugas-tugas Khas) telah meluangkan masa mendengar taklimat situasi terkini kejadian bencana di seluruh negara bertempat di National Disaster Command Centre (NDCC) Pulau Meranti, Puchong. Walaupun ramai yang sedang bercuti, kesiapsiagaan menghadapi bencana perlu berada di tahap maksimum dan pemantauan berterusan perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama.
Selesak taklimat, KP NADMA Datuk Dr. Aminuddin Hassim telah mengiringi YB Datin menyantuni para frontliners pelbagai agensi yang bertugas di PKRC MAEPS 2.0, Serdang, Selangor.
Kata-kata semangat daripada YB Timbalan Menteri telah dapat menceriakan para petugas barisan hadapan yang sangat dedikasi dalam berkhidmat membantu negara memerangi pandemik Covid-19.