PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

RM1k kepada 20 pemilik kenderaan dilanda banjir kilat

RM1k kepada 20 pemilik kenderaan dilanda banjir kilat

Sebanyak 20 pemilik kenderaan yang ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Presint 11 Putrajaya pada Ahad lalu menerima bantuan RM1,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek dan meminta pihak perbadanan menyelesaikannya dalam tempoh dua minggu.

“Selain itu, saya minta Perbadanan Putrajaya menyediakan sistem amaran dengan penggunaan siren dan amaran kepada penduduk di kawasan itu untuk alihkan kenderaan dengan segera.

“Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan Internet of Things (IoT) iaitu sensor akan dipasang di petak penyelenggaraan saliran di seluruh Putrajaya untuk mengesan tahap ketinggian air,” katanya dalam kenyataan di Facebook, kelmarin.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search