PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Laluan Jitra ke Hutan Kampung dibuka semula - PLUS Malaysia

Laluan Jitra ke Hutan Kampung dibuka semula - PLUS Malaysia

ALOR SETAR: Laluan di Kilometer (KM) 32.1 hingga KM33.2 di Lebuh Raya Utara Selatan antara laluan Jitra ke Hutang Kampung yang ditutup akibat banjir, dibuka semula hari ini.

PLUS Malaysia dalam hantaran menerusi laman Facebooknya memaklumkan lorong kanan di kedua-dua arah dibuka semula untuk laluan trafik, manakala lorong kiri di kedua-dua arah masih ditutup.

Pada Sabtu lalu, PLUS Malaysia memaklumkan laluan Jitra hingga Hutan Kampung ditutup sementara akibat dinaiki air banjir.

Sepanjang penutupan laluan berkenaan, kenderaan yang menghala ke utara dilencongkan keluar dari lebuh raya menerusi Persimpangan Alor Setar Utara dan masuk semula ke lebuh raya menerusi Persimpangan Jitra Selatan. – BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search