Pemindahan calon SPM selesai
- Admin UKK
- Berita
Proses pemindahan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di semua negeri yang terjejas banjir selesai sepenuhnya tanpa ada yang tercicir, kelmarin.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, kesemua calon termasuk yang terperangkap sudah diselamatkan oleh pelbagai agensi.
“Alhamdulillah, semua calon SPM kita berjaya pindahkan ke tempat selamat iaitu asrama menerusi Op
Payung dengan bantuan pelbagai agensi.
“Kesemua calon yang ditempatkan di asrama diberi kemudahan terbaik termasuk buku, internet dan komputer disediakan.
“Saya berterima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu bertungkus lumus memindahkan calon SPM,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas dan beberapa sekolah di sini, semalam.
Katanya, fasa pertama membabitkan pemindahan pelajar sudah selesai manakala fasa kedua akan diberi tumpuan dari segi emosi pelajar berkenaan yang terjejas banjir.
“Kaunselor juga turut disediakan di asrama bagi pembugaran emosi pelajar,” katanya.