‘DI NEGERI LAIN PUN SAYA BANTU JUGA’
- Admin UKK
- Berita
Sejak tiga tahun lalu, pemilik jengkaut, Mohd Lokman Mahmud, 44, menggunakan jentera berkenaan untuk mengangkut orang ramai yang terkandas akibat banjir dan semuanya dilakukan secara percuma.
Mohd Lokman yang tinggal di Ajil berkata, khidmat itu tidak tertumpu di sekitar Hulu Terengganu sahaja, sebaliknya turut membabitkan negeri lain yang terjejas banjir.
“Beberapa hari lalu, saya ke Kedah membantu orang ramai yang terjejas banjir selain pernah ke Pahang pada 2022 dan beberapa negeri lain.
“Saya tidak minta bayaran. Bagaimanapun, jika ada yang menyumbang, ia adalah rezeki dan saya gunakan untuk menampung perbelanjaan bahan bakar serta makan minum.
“Saya melakukan khidmat ini bersama lima rakan dan masing-masing menggunakan wang sendiri walau ke mana kami pergi,” katanya.
Katanya, keinginan untuk membantu orang ramai ketika banjir tercetus “Kami guna wang sendiri walau ke mana kami pergi Mohd Lokman
selepas melihat ramai yang terjejas, khasnya kakitangan Hospital Hulu Terengganu yang terkandas berikutan jalan dari Ajil ke Kuala Berang dinaiki air.
“Sejak itu, saya menggunakan jengkaut untuk membawa pekerja hospital dan orang ramai yang menyeberangi jalan di kawasan ini.
“Saya melakukan kerja ini bermula jam 7 pagi hingga tengah malam. Sekiranya ada yang meminta bantuan selepas waktu, saya sedia membantu,” katanya.