PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

20 Jalan Persekutuan ditutup di Kelantan babitkan 6 jajahan – JKR

20 Jalan Persekutuan ditutup di Kelantan babitkan 6 jajahan – JKR

KOTA BHARU: Sebanyak 20 Jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup setakat ini, susulan banjir yang melanda negeri itu sejak Rabu lepas.

Enam jajahan terlibat ialah Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Bachok.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub berkata, daripada jumlah itu 12 jalan ditutup sepenuhnya untuk semua jenis kenderaan manakala lapan lagi ditutup untuk kenderaan ringan sahaja.

“Lapan Jalan Persekutuan ditutup sepenuhnya di Pasir Mas kepada semua jenis kenderaan ialah jalan berhampiran Kedai Tanjung, Kampung Tok Deh, Culvert 5 di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang, Kubang Rambutan, AADK Lubok Jong, Jambatan Lubok Jong-Risda Gaung, Jambatan Tersang dan lampu isyarat Rantau Panjang.

“Di Tumpat pula melibatkan Kampung Telaga Bata-Kampung Pauh Sebanjar dan Terowong Pasir Pekan, manakala di Tanah Merah dekat Kampung Pepuyu-Kampung Kajang dan Kota Bharu di McDonald’s Kok Lanas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata lapan Jalan Persekutuan ditutup untuk kenderaan ringan sahaja iaitu masing-masing dua jalan di Kampung Badak dan Kampung Gaung Jalan Bypass (Pasir Mas), Caltex Padang Melintang-Petron Beris Kubu Besar dan Sekolah Kebangsaan Banggu (Bachok), lampu isyarat Jerus dan Panggong Tiga Daerah (Pasir Puteh) serta Sekolah Kebangsaan Tiong dan selekoh culvert, Jalan Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu).-BERNAMA

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search