Timbalan Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Mohd Yazid membuat tinjauan proses saringan kesihatan oleh KKM di KLIA bagi semua penumpang yang tiba dari Sabah
- Admin UKK
- Berita
Petang ini Timbalan Menteri (Tugas-Tugas Khas) di Jabatan Perdana Menteri, YB Datin Mastura Mohd Yazid telah membuat tinjauan proses saringan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di KLIA bagi semua penumpang yang tiba dari Sabah.
Setelah pihak KKM menambah kapasiti saringan, proses berjalan lancar dimana masa diambil adalah antara 30-45 minit bagi setiap individu. Hari ini, 28 September 2020, seramai 3,957 individu tiba dari Sabah di KLIA dan KLIA 2.