PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Seramai 228 mangsa banjir di Terengganu

Seramai 228 mangsa banjir di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seramai 228 mangsa banjir masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini sehingga jam 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Marang mencatatkan mangsa teramai iaitu 191 orang manakala Dungun 37 orang.

Empat PPS masih dibuka di Marang iaitu di SK Simpang Rawai, terdiri daripada 82 mangsa daripada 22 keluarga manakala Dewan Sivik Wakaf Tapai, terdapat 20 mangsa daripada enam keluarga.

Di Dewan Sivik Merchang, hanya lapan mangsa daripada dua keluarga dan SK Pengkalan Berangan, 81 mangsa daripada enam keluarga.

Di Dungun, dua PPS masih dibuka iaitu di Balairaya Alor Mak Bah, menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah, menempatkan 27 mangsa daripada lima keluarga.

Laman web public InfoBanjir memaklumkan Sungai Chalok di Jambatan Chalok Setiu (F2) melepasi bacaan amaran 8.73 meter berbanding 8 meter.

Dua sungai berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1) dengan bacaan 2.11 meter berbanding 2 meter.

Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu, mencatatkan bacaan 11.98 meter berbanding 10.5 meter.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search