Cuti bencana dibatalkan
- Admin UKK
- Berita
Cuti bencana bagi guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik, Chukai, Kemaman di sini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) dibatalkan.
Pengarah Jabatan Pendidikan negeri (JPNT), Jelani Sulong berkata, sesi persekolahan dan pembelajaran berjalan seperti biasa Ahad ini selepas PPS di sekolah itu ditutup petang kelmarin.
Katanya, guru dan murid tahun satu hingga enam di sekolah itu diberi cuti bencana selepas sebahagian daripada bilik darjah digunakan tempat berlindung kira-kira 383 mangsa bencana banjir.
“Namun, PPS di SK Kemasik ditutup secara rasmi semalam (kelmarin) dan kerja-kerja pembersihan bilik darjah yang dijadikan tempat berlindung mangsa banjir mula dilakukan pagi.
“Kerja pembersihan dan penyusunan kerusi serta meja di bilik darjah yang dijadikan tempat berlindung kira-kira 383 mangsa bencana banjir akan siap sepenuhnya esok,” katanya ketika dihubungi, semalam.