PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

250 penduduk terkandas jambatan tenggelam

250 penduduk terkandas jambatan tenggelam

Kira-kira 250 penduduk dari Kampung Tanjung Kala terkandas selepas jambatan Kuala Pertang ditenggelami air Sungai Nal sejak awal pagi semalam.

Menurut Penghulu Mukim Kuala Pertang, Mat Ropi Abdullah, 49, keadaan hujan lebat yang berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan air sungai berkenaan terus naik hingga melimpahi tebing dan laluan jambatan terbabit tidak boleh dilalui.

Katanya, jambatan besi sepanjang 47 meter itu ditenggelami air lebih 0.6 meter (m) dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan selain arus sungai yang deras.

“Walaupun jambatan Kampung Tanjung Kala sudah ditenggelami air, namun penduduk masih lagi mempunyai jalan alternatif lain untuk mereka keluar masuk.

“Bagaimanapun yang dibimbangi sehingga kini keadaan di sini masih hujan lebat selain paras air sungai juga menunjukkan trend meningkat dan tidak mustahil beberapa jambatan lain yang menjadi laluan alternatif akan turut sama ditenggelami air,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, setiap tahun beberapa jambatan yang menjadi laluan utama penduduk di beberapa kampung di Mukim Chenulang akan ditenggelami air apabila tiba musim tengkujuh.

“Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kediaman penduduk tetapi mereka tetap bersedia untuk berpindah jika berlaku banjir besar yang di luar jangka,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search