PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir Terengganu: Mangsa cecah 2,773 Orang, PPS kini di 14 Lokasi

Banjir Terengganu: Mangsa cecah 2,773 Orang, PPS kini di 14 Lokasi

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa meningkat kepada 2,773 orang daripada 604 keluarga, yang kini ditempatkan di 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima daerah terjejas.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Terengganu, setakat jam 10 pagi hari ini, Kemaman kekal dengan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,584 orang daripada 554 keluarga di lima PPS, diikuti Hulu Terengganu yang merekodkan 102 mangsa daripada 26 keluarga di enam PPS.

Sementara itu, Setiu melaporkan 69 mangsa daripada 19 keluarga di satu PPS, Marang mencatatkan 13 mangsa daripada empat keluarga, dan Dungun lima mangsa daripada satu keluarga, masing-masing ditempatkan di satu PPS.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search