PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Tanam ubi kayu, pisang sebagai persediaan MTL

Tanam ubi kayu, pisang sebagai persediaan MTL

Musang: Makanan berupa ubi kayu, pisang dan padi bukit menjadi bekalan penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman di sini, sebagai persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh.

Ini berikutan tanaman berkenaan mulai ditanam bermula pertengahan tahun ini bagi mendapatkan hasil menjelang tiba Monsun Timur Laut (MTL).

Penduduk, Amat Pedik, 50, berkata, selain daripada tanaman terbabit, mereka turut menanam sayur-sayuran di sekitar atau berhampiran rumah sebagai tanaman sara hidup.

Katanya, setiap tahun penduduk Orang Asli akan melakukan persediaan untuk menghadapi MTL kerana mereka kerap berhadapan dengan masalah jalan rosak dan tanah runtuh untuk keluar daripada penempatan mereka.

“Saya sendiri sudah membuat persediaan awal untuk menghadapi MTL kali ini. Bagi mendapatkan beras, saya terpaksa keluar melalui jalan tanah lebih tiga jam dan kedai paling dekat untuk membeli barangan makanan adalah Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis.

“Tanaman pisang dan ubi kayu, kami tanam lebih awal sebagai persediaan jika

keadaan jalan rosak teruk atau ada tanah runtuh sehingga penduduk sukar untuk keluar bagi mendapatkan bekalan makanan.

“Seawal Mac atau April, kami mula bercucuk tanam terutama pisang dan jika ada hasil berlebihan boleh dijual untuk membeli minyak masak, gula dan gandum pula,” katanya ketika ditemui di Pos Bihai, di sini.

Penduduk lain, Apek Asud, 40, berkata, walaupun pelbagai persediaan sudah dibuat, ada sesetengah penduduk berputih mata apabila tanaman mereka dimusnahkan gajah.

Menurutnya, terdapat penduduk yang mengusahakan tanaman pisang secara besar-besaran dan dijual kepada pemborong bagi mendapatkan hasil sebelum tiba musim tengkujuh.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search