PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Klang, Kuala Kedah berpotensi banjir mulai Jumaat ini

Klang, Kuala Kedah berpotensi banjir mulai Jumaat ini

PETALING JAYA – Empat lokasi di semenanjung Malaysia dijangka mengalami kenaikan paras air laut ekoran fenomena air pasang besar atau Air Pasang Perbani bermula 15 hingga 18 November ini.

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) dalam hantaran di Facebook berkata, kawasan-kawasan di bahagian barat Semenanjung bakal terjejas akibat fenomena air pasang ekstrem tersebut.

“Antara lokasi yang dijangka berisiko ialah pekan Teluk Intan di Perak yang akan terkesan pada 15 hingga 17 November, diikuti Terminal Penumpang South Port, Pelabuhan Klang,  Selangor pada 16 hingga 17 November.

“Seterusnya, Pekan Kukup di Johor dan Pekan Kuala Kedah, Kedah pula diramalkan mengalami fenomena ini pada 16 hingga 18 November,” katanya.

Jupem memaklumkan, fenomena itu berlaku ekoran kenaikan paras air laut yang lebih tinggi daripada biasa dan boleh menyebabkan limpahan air laut ke daratan, sekali gus meningkatkan risiko banjir pantai.

Orang ramai terutamanya golongan berisiko diingatkan agar lebih berwaspada dan merancang untuk menghadapi bencana alam ini. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search