PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Beberapa tempat bakal terima taburan hujan lebih dari tahun lepas

Beberapa tempat bakal terima taburan hujan lebih dari tahun lepas

Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai tahap kemuncak bermula hujung November hingga Januari tahun depan di negeri bersempadan dengan Thailand termasuk Sabah Sarawak.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, berdasarkan situasi itu, ramalan jangka panjang kebanyakan model menunjukkan akan menerima lebih hujan 20 hingga 40 peratus berbanding tahun lepas.

Menurutnya, negeri utara bersempadan dengan Thailand akan berlaku hujan lebih sedikit daripada purata taburan hujan bermula penghujung November ini hingga Januari manakala di Sabah lebih panjang sehingga Februari atau Mac.

Ditanya mengenai amaran untuk tidak turun ke laut akibat ombak kuat, Mohd Hisham berkata, itu

bergantung kepada pihak berkuasa manakala di pihaknya hanya memberi nasihat.

“Buat masa ini angin timur laut belum lagi bertiup kencang jadi keadaan ombak saya rasa tidak berbahaya lagi untuk aktiviti

laut.

“Namun kita akan kemas kini maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Taklimat Sesi Libat Urus Persiapan Kerajaan Menghadapi Monsun Timur

Laut (MTL)2024/2025 di Markas Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (Smart) Pulau Meranti, Puchong di sini, semalam.

Beliau berkata, kejadian banjir bergantung kepada berapa milimeter (mm) hujan yang diterima dalam tempoh masa tertentu.

“Sebagai contoh, satu negeri dijangka menerima 800mm atau 1,000mm dalam sebulan, tetapi jumlah hujan itu datang dalam tempoh beberapa hari sahaja maka akan menyebabkan berlaku banjir,” katanya.

Mengulas mengenai myCuaca, Mohd Hisham berkata, lebih 200,000 pengguna telah memuat naik aplikasi itu yang menjadi rujukan semasa kepada pengguna.

“Segala maklumat terkini berhubung cuaca akan dimaklumkan dalam myCuaca malah turut dikongsi berkaitan situasi laut dan gempa,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search