Perbincangan Mengenai Persediaan Menghadapi Musim Kering
- Admin UKK
- Berita
Pagi ini, 15 Mei 2020, YB Datuk Seri Redzuan Md Yusof, Menteri di JPM (Tugas-Tugas Khas) mengetuai perbincangan bersama beberapa Agensi-Agensi mengenai Persediaan Menghadapi Musim Kering.
Monsun Barat Daya (MBD) dijangka bermula pada 18 Mei 2020 dan akan berterusan sehingga pertengahan September 2020. Sepanjang tempoh MBD, kejadian ribut petir dan hujan lebat dijangka berkurangan dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.
Keadaan ini berpotensi menyebabkan cuaca yang agak kering serta menyebabkan kebakaran hutan dan jerebu di sesetengah tempat.