𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐄𝐗 𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐑𝐎𝐍𝐎𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔
LANGKAWI, 2 Julai 2026 – Rakyat mendapat manfaat melalui keupayaan agensi penyelamat yang sentiasa bersedia bertindak secara pantas, cekap dan bersepadu ketika berlaku bencana maritim, sekali gus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa serta mengurangkan impak kepada komuniti.
Keupayaan ini turut memperkukuh kesiapsiagaan negara dalam menghadapi bencana yang semakin kompleks, di samping memastikan koordinasi antara pelbagai agensi sentiasa berada pada tahap terbaik bagi melindungi keselamatan rakyat dan kepentingan negara.
Usaha tersebut diterajui oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi pelaksanaan 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘚𝘈𝘙𝘌𝘟) 𝘓𝘢𝘯𝘨 𝘉𝘳𝘰𝘯𝘰𝘬2026, yang menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik bagi menguji operasi mencari dan menyelamat (SAR), 𝘔𝘢𝘴𝘴 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 𝘖𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘔𝘙𝘖),pengurusan tumpahan minyak serta pengaktifan Pangkalan Hadapan CARILAMAT mengikut prosedur operasi yang ditetapkan.
SAREX Lang Bronok 2026 turut mencipta sejarah sebagai latihan pertama yang menggabungkan 𝘛𝘢𝘣𝘭𝘦𝘵𝘰𝘱 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘛𝘛𝘟) dan 𝘍𝘪𝘦𝘭𝘥 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘍𝘛𝘟) secara berskala besar, sekali gus membuktikan komitmen NADMA dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang krisis maritim.
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐎𝐃𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐎𝐃𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊
PUTRAJAYA,2 JULAI – NADMA menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kementerian Perladangan dan Komoditi yang diketuai oleh Encik Shafie bin Taib, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik & Pengurusan) di Ibu Pejabat NADMA.
Perbincangan ini memberi fokus kepada pengukuhan kerjasama strategik dalam aspek pengurusan dan pengurangan risiko bencana, khususnya melibatkan pembangunan Skuad Agrikomoditi KPK sebagai platform sukarelawan berasaskan kepakaran teknikal.
Inisiatif ini mencerminkan peranan NADMA sebagai agensi penyelaras utama dalam memperkukuh jaringan kolaborasi rentas sektor, bagi membina ekosistem kesiapsiagaan bencana yang lebih tersusun, tangkas dan berimpak tinggi kepada negara.
Kerjasama ini juga memperlihatkan nilai tambah kepada negara melalui pengukuhan kapasiti komuniti dan sukarelawan yang lebih bersedia, terlatih serta responsif dalam menghadapi situasi bencana.
NADMA kekal komited menerajui agenda pengurusan risiko bencana yang lebih bersepadu demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐋𝐀𝐍𝐉𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐎𝐑 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀
MELAKA, 2 Julai – NADMA memperkukuh kerjasama strategik bersama Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan pengurusan bencana negara melalui perkongsian ilmu serta latihan bersepadu.
Seramai 26 pegawai menyertai Kursus Lanjutan Pegawai Kor Kesihatan Diraja Siri 5/2026 di Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera, Kem Terendak, Melaka yang berlangsung dari 8 Jun hingga 3 Julai 2026.
Dalam sesi tersebut, NADMA telah menyampaikan taklimat berkaitan mekanisme pengurusan bencana negara serta aspek pengurusan psikologi semasa bencana, yang memberi penekanan kepada keperluan pengurusan mangsa dan petugas secara lebih menyeluruh.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan NADMA dan ATM dalam memperkukuh keupayaan respons bencana negara demi memastikan bantuan yang lebih cekap, terselaras dan berkesan kepada rakyat.
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁) 𝐒𝐊 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁) 𝐒𝐊 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐍𝐅𝐑𝐀𝐒𝐓𝐑𝐔𝐊𝐓𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
KUALA LIPIS, 2 Julai – Penduduk di sekitar Kuala Lipis kini bakal menikmati kemudahan pemindahan bencana yang lebih selesa, selamat dan teratur menerusi penyiapan Dewan Terbuka Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di Sekolah Kebangsaan (SK) Benta.Kemudahan ini bukan sahaja menyediakan perlindungan yang lebih kondusif kepada mangsa ketika bencana, malah turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi situasi kecemasan pada masa hadapan.
Majlis penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA, Datuk Haji Hussain Moh, bersama Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Puan Hanita Kassim serta Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Lipis, Dr. Azwan Ezzany Azmi. PPKB SK Benta merupakan projek binaan baharu kedua yang berjaya disiapkan di Malaysia dengan kos pembinaan berjumlah RM8.447 juta. Projek yang dipantau oleh JKR Daerah Lipis ini telah disiapkan dalam tempoh 15 bulan, iaitu tiga hari lebih awal daripada jadual asal pada 24 April 2026, dan mampu menempatkan sekurang-kurangnya 300 mangsa pada satu-satu masa.
Dibangunkan berteraskan konsep dwifungsi, PPKB ini bukan sahaja berfungsi sebagai pusat pemindahan semasa bencana, malah dimanfaatkan sebagai kemudahan sekolah dan komuniti pada waktu biasa. Pendekatan ini memastikan aset awam terus digunakan secara optimum, sekali gus memberi nilai tambah kepada masyarakat setempat.
Pembangunan PPKB turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI melalui NADMA dalam memperkukuh pengurusan bencana yang lebih cekap, berdaya tahan dan berorientasikan kesejahteraan rakyat.
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara NADMA dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Perbincangan memberi tumpuan kepada penglibatan ATM dalam respons bencana dan bantuan kemanusiaan, termasuk pelaksanaan 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭-𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘺 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘯 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 (𝘊𝘔𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥 𝘰𝘯 𝘏𝘈𝘋𝘙), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), serta penyelarasan melalui Kumpulan Kerja Pengurusan Bencana (DMWG) di bawah 𝘙𝘦𝘨𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘉𝘰𝘳𝘥𝘦𝘳 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦 (𝘙𝘉𝘊) 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢–𝘛𝘩𝘢𝘪𝘭𝘢𝘯𝘥.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), Datuk Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar serta Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Tuan Addyhanis Ahamad. Manakala pihak ATM diwakili oleh Asisten Ketua Staf Perancang Pertahanan, Mejar Jeneral Amer Mahmud Abdul Rahman TUDM serta Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zamri Abdullah.
