KOTA BHARU: Sebanyak 20 Jalan Persekutuan membabitkan enam jajahan di Kelantan telah ditutup, setakat ini, susulan banjir yang melanda sejak Rabu lalu.
Enam jajahan terbabit ialah Pasir Mas, Kota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Bachok.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan, Nik Soh Yaacoub, berkata 12 daripada jalan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan, manakala lapan lagi ditutup kepada kenderaan ringan sahaja.
"Lapan Jalan Persekutuan yang ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan di Pasir Mas ialah jalan berhampiran Kedai Tanjung, Kampung Tok Deh, Culvert 5 di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas-Rantau Panjang, Kubang Rambutan, AADK Lubok Jong, Jambatan Lubok Jong-Risda Gaung, Jambatan Tersang dan lampu isyarat Rantau Panjang.
"Di Tumpat pula membabitkan Kampung Telaga Bata-Kampung Pauh Sebanjar dan Terowong Pasir Pekan, manakala di Tanah Merah dekat Kampung Pepuyu-Kampung Kajang dan Kota Bharu di McDonald's Kok Lanas," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata, lapan Jalan Persekutuan yang ditutup kepada kenderaan ringan saja ialah masing-masing dua jalan di Kampung Badak dan Kampung Gaung Jalan Bypass (Pasir Mas), Caltex Padang Melintang-Petron Beris Kubu Besar dan Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu (Bachok), lampu isyarat Jerus dan Panggong Tiga Daerah (Pasir Puteh) serta SK Tiong dan selekoh culvert, Jalan Pantai Cahaya Bulan (Kota Bharu). – BERNAMA
TANJUNG MALIM: Susulan peningkatan jumlah mangsa banjir yang terjejas, sukarelawan ResQ Team Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tampil bertindak sebagai institusi pertama dalam memberikan bantuan kepada mangsa di Kelantan dan Perak.
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff menggerakkan kepakaran ResQ Team ke Tumpat, Kelantan bagi membantu operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dan terjejas.
Menurut Md Amin, kepantasan dan kecekapan ResQ Team UPSI yang sentiasa sedia berkhidmat dalam membantu mangsa yang ditimpa bencana ini memupuk semangat juang ResQ Team UPSI yang terus menyala tanpa henti.
“Keberanian mereka untuk bertindak dan membantu adalah bukti nyata bahawa nilai kemanusiaan adalah perkara yang paling utama dalam setiap usaha menyelamatkan nyawa”, ujarnya lagi.
Misi bantuan ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong bersama tiga sukarelawan dengan kekuatan jentera yang terdiri daripada satu unit bot, satu unit lori dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Selain misi menyelamat, katanya, ResQ Team turut menghulurkan sumbangan berbentuk pakaian kepada mangsa yang memerlukan dari Pasukan Preloved Shoppe di bawah Pusat Kaunseling.
Dalam pada itu, Pusat Kaunseling UPSI turut menyantuni mangsa banjir di Daerah Batang Padang, Perak dengan memberikan khidmat bantuan asas psikologi dan sumbangan berbentuk pakaian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru, Sungkai.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin berkata misi ini bukan hanya sekadar membantu mangsa banjir, tetapi juga menunjukkan komitmen ResQ Team UPSI dalam memberi sokongan psikososial kepada mereka yang terjejas.
“Hal ini dapat menjadi contoh terbaik tentang bagaimana kesatuan dan komitmen tinggi boleh memberi impak besar dalam situasi yang penuh cabaran”, tambahnya.
JOHOR BARU: A total of 184 flood victims from Tangkak and Segamat were evacuated to relief centres following heavy rainfall that started late last night and continued into the early morning.
In Segamat, two relief centres — Kampung Paya Lebar and Kampung Bukit Tunggal — sheltered 24 victims, while in Tangkak, the SK Bukit Rahmat relief centre accommodated 180 victims from 45 families in Kampung Parit Bengkok.
State Secretary and Johor Disaster Management Committee chairman Tan Sri Dr Azmi Rohani confirmed that 51 families from the two districts had been relocated to the centres by 4pm today.
Nine families from Kampung Parit Bengkok were also among those seeking shelter.
The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) had earlier issued flood alerts for Segamat, Mersing, and Kota Tinggi.
At 9am today, Bukit Gambir Fire and Rescue Department operation commander Jahari Syukor said that an elderly man and four others were transported to the Tangkak relief centre.
He said that their personnel remained on standby to assist with evacuation efforts, should further relocation be required.
In Kluang, 10 flood victims from Kampung Contoh in Kahang were moved to a community hall as rising floodwaters inundated several homes.
The relocation was a precautionary measure, with the community hall serving as a transit point.
Kluang police chief Assistant Commissioner Bahrin Mohd advised the victims to relocate as their houses were submerged in rising floodwater, though roads leading to the village remained accessible to vehicles.
Meanwhile, two rivers — Sungai Tangkak in Kampung Sei Makmur and Sungai Muar in Kampung Awat — have reached dangerous levels, while six other rivers in the state are on alert.
Villages near Sungai Batu Pahat, Sungai Senggarang, Sungai Tebrau, and Sungai Muar are being closely monitored, with evacuation efforts on standby.
As of 4pm today, the flood situation in Johor remained under control, with no flood-related casualties reported.
KOTA BHARU: Sembilan balai polis di dua daerah di Kelantan, iaitu Pasir Mas dan Tumpat, terjejas akibat banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata aspek keselamatan bagaimanapun tetap terkawal.
"Kesemua pegawai dan anggota polis berkenaan terpaksa dipindahkan ke tempat lain susulan balai terbabit terjejas.
"Namun, tahap keselamatan tetap dipertahankan dengan adanya kerahan daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Pada masa sama, kita mengatur gerak pegawai dan pasukan dari negeri lain untuk membantu Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lebih 7,000 pegawai, anggota pasukan keselamatan digerak ke Kelantan bantu mangsa banjir - Zahid
- Admin UKK
- Berita
KOTA BHARU: Lebih 7,000 pegawai dan anggota pasukan keselamatan diatur gerak ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelbagai aset juga turut dihantar sejak lapan hari lalu bagi melancarkan operasi menyelamat.
"Antara aset yang diatur gerak adalah trak tiga dan lima tan. Kita sedang mengatur untuk menghantar trak yang lebih besar iaitu muatan tujuh tan.
"Segala aset berkenaan dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Pada masa sama, persatuan nelayan juga menawarkan khidmat untuk membantu operasi bagi kawasan yang terkesan,," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Dalam perkembangan berkaitan, Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui hantaran di Facebook, memaklumkan Markas 8 Briged telah mengatur gerak anggota dan aset ATM bagi membantu menyelamatkan penduduk di Kelantan dan Terengganu yang terjejas banjir.
"Markas 8 Briged telah mengaktifkan Op MURNI dan mengatur gerak anggota serta aset-aset ATM untuk membantu pihak berkuasa awam menyelamatkan penduduk yang menjadi mangsa bencana banjir," menurut hantaran berkenaan.
