Putrajaya: Kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkukuh tahap kesiapsiagaan nasional susulan jangkaan cuaca panas dan kering lebih mencabar akibat fenomena El Nino yang dijangka berterusan hingga awal 2027.
Ia termasuk kerjasama rentas agensi bagi menghadapi sebarang risiko bencana yang berpunca daripada cuaca panas dan kering.
Ketua Pengarah NADMA Meor Ismail Meor Akim berkata walaupun keadaan masih terkawal, kerajaan tidak mengambil mudah dan semua agensi berkaitan telah diminta mempertingkat kesiapsiagaan serta melaksanakan langkah mitigasi lebih awal bagi memastikan keselamatan rakyat, kelangsungan bekalan air dan kesejahteraan negara terus terpelihara.
"Tiga siri operasi pembenihan awan dijadual untuk dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan paras empangan di kawasan yang terjejas.
"Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus membuat pemantauan dan mengeluarkan status kemas kini fenomena El Nino sepanjang Monsun Barat Daya (MBD)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata MetMalaysia turut diminta mengeluarkan ramalan jerebu dan menyalurkan maklumat ramalan kebakaran hutan kepada pihak bomba yang dijana melalui sistem atau Fire Danger Rating System (FDRS) dengan unjuran tujuh hari ke hadapan.
Meor Ismail berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diminta bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau 83 lokasi titik panas berisiko tinggi kebakaran terbuka secara berterusan sepanjang tempoh MBD bagi tujuan mitigasi awal.
"JAS juga diminta mengenal pasti empangan yang memerlukan penyelenggaraan supaya pihak terlibat boleh mengambil tindakan segera manakala Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) perlu mengenal pasti lebih banyak lokasi sumber air bawah tanah untuk dibina telaga tiub sebagai satu daripada kaedah mitigasi di kawasan yang kekurangan air," katanya.
Dari segi kesihatan awam, beliau berkata Kementerian Kesihatan diminta menyebarluaskan lagi hebahan mengenai kesan kesihatan akibat cuaca panas sebagai advokasi kepada orang ramai terutama kepada golongan berisiko tinggi.
Pada masa sama, Kementerian Pendidikan pula diminta melaksanakan program kesedaran menghadapi cuaca panas kepada pelajar sekolah di peringkat kebangsaan bagi meningkatkan kesedaran dan mengurangkan risiko kesan MBD itu.
Beliau menegaskan pendekatan keseluruhan kerajaan terus menjadi tunjang utama Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap agensi berkaitan berada pada tahap kesiapsiagaan optimum bagi menghadapi sebarang risiko bencana yang berpunca daripada cuaca panas dan kering.
"NADMA akan terus memantau perkembangan situasi semasa dan menyelaras tindakan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan serta kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaan," katanya.
BEIJING, 8 Jun: Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda kawasan Kepulauan Filipina pada 7.37 pagi Isnin waktu Beijing, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.
Menurut CENC, pusat gempa itu dikesan pada kedalaman 40 kilometer dengan kedudukan 5.55 darjah utara dan 125.1 darjah timur.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gegaran dilaporkan turut dirasai di Sabah melibatkan Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya.
“MetMalaysia sedang memantau perkembangan kejadian ini,” menurut hantaran itu.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berasingan berkata berdasarkan analisis, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata orang awam di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
“MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ini dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
“Sila dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan serta menghubungi talian hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya. -TVS
‘Do not panic’: Arthur Kurup urges calm as tsunami warning issued for Sabah’s east coast after Mindanao quake
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR, June 8 — Residents along Sabah’s east coast were urged to stay away from beaches and comply with any evacuation orders today after a powerful earthquake near Mindanao triggered tsunami warnings across several coastal districts, with authorities forecasting waves of up to 0.4 metres.
Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Datuk Seri Arthur Joseph Kurup said tsunami warning sirens had been activated in Tawau, Semporna, Kunak and Lahad Datu as a precaution following the magnitude 7.9 earthquake that struck southern Philippines at 7.37am.
“I would like to strongly emphasise to the public, especially residents in coastal areas around Tawau, Semporna, Kunak and Lahad Datu, to remain calm and not panic,” he said in a statement today.
Kurup said the government, through the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) and other relevant agencies, was closely monitoring the situation.
He added that residents should “immediately comply with any evacuation or safety instructions issued by local authorities” and avoid coastal areas during the warning period.
MetMalaysia said the earthquake struck at a depth of 50km, with its epicentre located about 97km south of Koronadal City in the Philippines. Tremors were reported in parts of Tawau and Semporna.
Projek naik taraf sistem perparitan Jalan Hills atasi masalah hakisan, tingkat keselamatan penduduk
- Admin UKK
- Berita
MIRI, 8 Jun : Masalah hakisan tanah dan kerosakan longkang yang sekian lama membelenggu penduduk di Jalan Hills kini berada di landasan penyelesaian apabila projek naik taraf sistem peparitan di kawasan itu giat dilaksanakan.
Inisiatif berkenaan dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan dalam memastikan keselamatan penduduk serta kestabilan struktur tanah di kawasan berisiko, selain meningkatkan kecekapan sistem saliran bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa hadapan.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin memaklumkan, projek tersebut dilaksanakan menerusi peruntukan Dana Kecemasan Jabatan Kerja Raya (JKR) berjumlah RM450,000 selepas isu berkenaan dikenal pasti memerlukan tindakan segera.
Menurut beliau, hasil proses tender menunjukkan kos pelaksanaan projek adalah sebanyak RM449,800, sekali gus berada dalam lingkungan peruntukan yang telah diluluskan.
“Peruntukan ini membolehkan kerja-kerja pembaikan dilaksanakan segera dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri, khususnya dalam menangani masalah hakisan dan kerosakan longkang yang telah lama berlaku di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan tapak bagi meninjau kemajuan projek pemulihan cerun serta pembinaan semula longkang konkrit yang runtuh di Jalan Hills, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Lee berkata projek berkenaan telah bermula pada 22 April lalu dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 21 Julai depan, dengan tempoh pelaksanaan selama tiga bulan.
Antara skop utama kerja yang sedang dijalankan termasuk pembinaan longkang konkrit sepanjang 61 meter dengan lebar 1.5 meter, selain pembinaan serta pembersihan longkang sedia ada sepanjang 91 meter.
Turut dilaksanakan ialah pemasangan culvert menggunakan paip PVC sepanjang 14 meter, yang berfungsi meningkatkan aliran air serta mengurangkan tekanan terhadap struktur saliran, terutama ketika hujan lebat.
Dalam pada itu, beliau turut mengambil maklum kebimbangan penduduk setempat berhubung kewujudan satu kawasan berongga berhampiran tapak projek yang berpotensi menjejaskan struktur pagar konkrit serta laluan masuk ke kediaman mereka.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan pihak kontraktor dan Majlis Bandaraya Miri supaya memastikan kerja-kerja pembaikan serta pengukuhan dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti tinggi.
“Saya mahu pastikan semua aspek keselamatan diberi keutamaan, termasuk mengelakkan risiko hakisan berulang yang boleh menjejaskan harta benda dan keselamatan penduduk,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Lee turut memaklumkan satu lagi projek pemulihan hakisan sedang dilaksanakan di Taman Hilltop, melibatkan kawasan berhampiran tiga buah rumah yang terjejas.
Projek tersebut menggunakan peruntukan kecemasan berjumlah RM400,000, susulan kejadian hakisan yang berpunca daripada hujan lebat dan banjir sebelum ini.
Menurut beliau, tindakan segera amat penting bagi memastikan kawasan terjejas tidak terus mengalami kerosakan, selain menjamin keselamatan penghuni yang tinggal berhampiran.
Pelaksanaan kedua-dua projek ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam menangani isu infrastruktur secara pantas dan berkesan, khususnya melibatkan risiko keselamatan awam. – TVS
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa perkhidmatan kecemasan negara bersiap sedia sepenuhnya terhadap sebarang perkembangan susulan gempa bumi kuat yang melanda Mindanao, Filipina, pagi ini.
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga kini sedang memantau dengan teliti perkembangan bencana yang melanda selatan Filipina itu sebelum tindakan sewajarnya diambil.
“Saya juga mengambil maklum kesan yang turut dirasai lebih dekat dengan kita, apabila gegaran dirasakan di beberapa kawasan di Sabah, Malaysia.
“Saya ingin memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kerajaan sedang memantau keadaan dengan teliti, dan perkhidmatan kecemasan kita berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut merakam kebimbangan yang mendalam susulan bencana tersebut terhadap Filipina.
“Ingatan dan doa kami bersama rakyat Filipina. Malaysia bersedia untuk menghulurkan apa jua bantuan yang diperlukan.
“Malaysia dan Filipina merupakan sahabat rapat serta rakan dalam ASEAN. Saya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua yang terjejas, serta berharap mereka diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari yang mencabar mendatang,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi kuat dengan ukuran 7.9 magnitud menggegarkan Mindanao kira-kira jam 7.37 pagi tadi.
Gempa luar pesisir itu melanda pada kedalaman 35 kilometer, kira-kira 24 kilometer ke barat wilayah Sarangani di Pulau Mindanao.
Susulan kejadian itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan gegaran mengakibatkan tsunami setinggi 0.4 meter di beberapa kawasan di pantai timur Sabah membabitkan Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Gegaran turut dirasai di Tawau dan Semporna namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. – UTUSAN
