PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Seksyen ICT

VISI / MISI OBJEKTIF SEKSYEN

Bertanggungjawab sebagai Penggubal Dasar Pengendalian Operasi Bencana Bertindak sebagai penyelaras kepada Gerakkerja Agensi melalui arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) NO.20: Dasar Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

 

FUNGSI DAN  TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PENYELARASAN OPERASI

  1. Merancang dan menyelaras koordinasi bantuan bencana dan kemanusiaan negara, termasuk melibatkan bantuan rantau Asean dan Antarabangsa.
  2. Bertindak sebagai penyelarasan program pemurnian/semakan Peraturan Tetap Operasi (PTO) / Emergency Response Plan (ERP) / Business Continuity Plan (BCP) yang melibatkan pengendalian bencana bersepadu (multi-agensi).
  3. Merangka dan menyelaras aktiviti penilaian dan penambahbaikan (post-mortem) bagi aspek koordinasi tindak balas agensi.
  4. Bertindak sebagai sekretariat kepada jawatankuasa kumpulan kerja kesiapsiagaan dan tindak balas peringkat negara.
  5. Mengelola pelaksanaan program pemantapan pengurus bencana di peringkat negara, serantau dan antarabangsa.
  6. Bertindak sebagai agensi meneraju dalam memberi khidmat nasihat/konsultasi dan sebagai penceramah serta fasilitator bagi program berkaitan pengurusan dan pengendalian bencana.

PERANAN / PENCAPAIAN SEMASA

  • Memberi khidmat nasihat dan konsultasi serta khidmat fasilitator dalam pengurusan bencana kepada agensi dalam negara (KKMM, KKM, JPA, ATM, PDRM, Universiti, dll) serta agensi luar negara (ASEAN, AHA Centre, UN-OCHA, UNICEF, WFP, DFAT, dll).
  • Mengurus misi bantuan bencana ke luar negara seperti China, Indonesia dan Itali.
    penglibatan dalam mesyuarat teknikal MKN bagi pengurusan Covid-19 semasa darurat.
  • Mengurus pembayaran stesen kuarantin hotel semasa Covid-19 pada tahun 2020-2021

VISI DAN MISI

Peneraju utama dalam menyelaras dan menguruskan maklumat bencana. 

 

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

  • Menyediakan platform bagi koordinasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pusat bersama PKOB Negeri, Agensi Teknikal dan Agensi Tindak Balas.
  • Mengurus pengumpulan maklumat dan penyebaran amaran bencana.
  • Memantau situasi bencana semasa dan menyediakan laporan bencana.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat bencana dengan pelbagai agensi dalam negara dan antarabangsa.
  • Memantau pergerakan pengoperasian bencana termasukan pergerakan Pasukan SMART dan misi bantuan kemanusiaan.

 

 PERANAN DAN PENCAPAIAN SEMASA

  1. Menyediakan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana kepada Agensi Tindak Balas.
  2. Menyediakan Laporan Terkini Kejadian Bencana Di Seluruh Negara setiap hari.
  3. Menyediakan Laporan Situasi Bencana (SITREP) semasa bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) dan cuaca panas.
  4. Membangunkan Malaysian Disaster Information Management System (MyDIMS) sebagai pusat pengurusan amaran dan data bencana.
  5. Membangunkan Portal Bencana sebagai portal setempat maklumat dan amaran bencana.
  6. Menyediakan Dashboard Pengurusan Bencana sebagai platform pemantauan dan penyediaan laporan situasi bencana di lapangan.
  7. Menyelaras sebaran amaran banjir dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Syarikat Telekomunikasi.
  8. Menyediakan ringkasan kejadian bencana seluruh negara secara bulanan dan tahunan.
  9. Melaksanakan sesi Emergency Operation Centre Exercise (EOCX) di peringkat ASEAN.
  10. Melaksanakan sesi libat urus dan taklimat mengenai peranan dan fungsi NDCC dalam pengurusan bencana negara.

FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN SOSIAL

  1. Sekretariat Urus Setia Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN);
  2. Mengurus dan memantau peruntukan Bantuan Wang Ihsan (BWI), Bantuan Wang Ihsan Kematian (BWI-Kematian) dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana kepada negeri-negeri dan agensi-agensi tindak balas;
  3. Sebagai Sekretariat Rakan NADMA;
  4. Menjalin rangkaian kerjasama strategik dalam mengkoordinasi pergerakan dan bantuan bencana bersama sukarelawan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), badan korporat pihak swasta dan Institusi Pengajian Tinggi; Awam dan Swasta serta masyarakat; dan
  5. Menyelaras kerjasama dalam melaksanakan program kesedaran bencana untuk komuniti melalui program-program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM).

 

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 2025

Unit KWABBN

  • Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara: Sasaran 2 kali setahun
  • Penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan: Sasaran 1 kali setahun
  • Penyaluran peruntukan BWI dan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana: Sasaran 14 negeri setahun
  • Sesi Libat Urus NADMA Bersama Kerajaan Negeri: Sasaran 14 negeri setahun

 

Unit Komuniti & Sosial

  • Program Pemerkasaan Komuniti: Belia, Luar Bandar, NGO, Umum  (Community Based Disaster Risk Reduction -  CBDRM): Sasaran 20,000 peserta setahun
  • Mobilisasi Pergerakan Sukarelawan Rakan NADMA di lapangan: Sasaran 10,000 sukarelawan NGO Rakan NADMA setahun
  • Simulasi Pengurusan PPS bersama JKM dan Rakan NADMA : Sasaran 30 program setahun
  • Bengkel  Cadangan BWI-BSN: Sasaran 6 bengkel setahun
  •  Sharing Session bersama NGO Rakan NADMA: Sasaran 8 sesi setahun

 

 

 

 

VISI

Agensi peneraju pengurusan dan kesiapsiagaan bencana negara.

 

MISI

Memastikan keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara dengan memupuk  kerjasama pelbagai pihak sebagai satu pasukan untuk membina serta  meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana.

 

FUNGSI/TANGGUNGJAWAB

Bahagian Pengurusan Pasca Bencana terdiri daripada 2 cabang utama iaitu Seksyen Teknikal dan  Infrastruktur serta Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial. Kedua-duanya  bertanggungjawab  merancang dan menyelaraskan pelan pemulihan  bencana yang meliputi infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial. Antara fungsi utamanya adalah:

 

  1. Menyelaras data bantuan pasca bencana.
  2. Merangka dan menyelaras plan pemulihan pasca bencana.
  3. Menyelaras pemantauan berterusan program pemulihan pasca bencana.
  4. Menyelaras penilaian impak bencana dari aspek sosial, ekonomi, fizikal dan alam sekitar.
  5. Menyelaras program pemulihan bencana bersama agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela.

 

PERANAN DAN FUNGSI SEKSYEN

  1. Penyenggaraan Fasiliti.
  2. Menyelaras Laporan Bencana.
  3. Menyelaras Laporan Pembaikan.
  4. Menyelaras Perlaksanaan Projek.
  5. Bertindak sebagai Technical Focal Point.
  6. Menyelaras siasatan & kajian fizikal pasca bencana.
  7. Mengumpul status pembaikan serta memajukan ke JPBP untuk pembentangan.
  8. Menyelaras penyenggaraan Aset Tidak Alih agensi agar sentiasa dalam keadaan baik.
  9. Menyelaras semua projek di bawah peruntukan Mengurus dan Pembangunan kendalian Agensi Pengurusan Bencana Negara.
  10. Menganalisa & mengenal pasti punca masalah serta langkah `Quick Win’ berkos rendah bagi isu Pra Bencana, Semasa Bencana & Pasca Bencana.
  11. Mengumpul maklumat kerosakan, anggaran pembaikan termasuk pihak yang relevan dengan kerosakan serta memajukan ke JPBP untuk pengesahan peruntukan.
  12. Memastikan hasil analisa maklumat dan laporan mampu membantu program kerja yang lebih terancang berkaitan mitigasi, logistik, komuniti, dasar serta pengurusan bencana  secara keseluruhannya.

 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

  • Keberkesanan Pengenalpastian dan Penyelesaian Masalah Teknikal.

Contoh : Memperkukuh penyelesaian teknikal antara agensi dalam pengurusan bencana

  • Pengukuhan Pemantauan Projek Struktur dan Infrastruktur.

Contoh : Memperkukuh penyelarasan projek berbentuk fizikal dan bukan fizikal

  • Memperkukuhkan Perkhidmatan Teknikal Dalam Pengurusan Bencana;

Contoh : Menyelaras taksiran fizikal kerosakan bencana

LATAR BELAKANG

:: Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan (PK) merupakan salah satu bahagian utama di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bahagian ini juga adalah tulang belakang kepada pengoperasian NADMA dalam memastikan kelancaran pelaksanaan tugas dan tanggungjawab NADMA terlaksana dengan cekap dan berkesan. 

 

PK bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan berkaitan pengurusan Kewangan, Sumber Manusia, Pentadbiran dan ICT bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dan stakeholders NADMA secara dalaman dan luaran. Dalam hubungan ini, pengurusan sumber yang optimum merupakan kunci kepada kecemerlangan organisasi. Oleh yang demikian, PK komited untuk mewujudkan warga NADMA yang berkompetensi tinggi, menyediakan suasana kerja yang harmoni dan kondusif dalam mencapai hasil kerja yang maksimum serta memenuhi kehendak pelanggan dan ‘stakeholders’.

 

HALA TUJU STRATEGIK

 

MISI

Pemantapan organisasi melalui penggunaan sumber yang optimum.

 

 SKOP BAHAGIAN

Memberikan khidmat sokongan pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan ICT.

 

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA

 

  • Pemerkasaan sistem dan proses kerja.
  • Tadbir urus kewangan yang efektif dan efisien.
  • Melahirkan modal insan yang kompeten dan berintegriti.
  • Persekitaran kerja yang kondusif.
  • Prasarana ICT yang efisien dan selamat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search