OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

RM1,300 aid for displaced Sabah fire victims

KOTA KINABALU: The Sabah government has given immediate cash assistance of RM1,300 to victims of the recent fire at Kampung Cempaka here that left 511 people homeless.

Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor, who visited the victims, said the state gave each head of household RM1,000, while state-owned Yayasan Sabah contributed the remaining RM300.

As the fire occurred just a day before the fasting month of Ramadan started on Sunday, Hajiji said the state government was concerned about the victims’ wellbeing and was now considering further measures to assist them.

He said the state government, together with other relevant departments, and Kota Kinabalu City Hall will hold further discussions to help the fire victims.

 

Apart from financial assistance, he said the state, with the help of Sabah Welfare Foundation and Yayasan Sabah, were also providing items such as food baskets and gas stoves.

Taufan Tropika Alfred, dijangka landa pantai timur Australia

SYDNEY, 4 Mac- Kawasan pantai timur Australia yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dalam fasa siap siaga bagi menghadapi Taufan Tropika Alfred, yang berpotensi menjadi taufan pertama melanda rantau itu dalam tempoh 50 tahun.

Taufan Tropika Alfred kini berada kira-kira 550 kilometer di timur bandar utama Brisbane dan dijangka bergerak menuju ke daratan lewat hari ini.

Jurucakap Biro Meteorologi, Dean Narramore, berkata taufan itu dijangka melanda pantai lewat Khamis atau awal Jumaat, dengan kawasan antara Brisbane dan destinasi pelancongan Sunshine Coast menjadi sasaran utama.

"Ia bukan rekod baharu tetapi ia agak luar biasa," kata Narramore kepada AFP.

Kira-kira tiga juta orang tinggal di sepanjang kawasan 100 kilometer yang menghubungkan Brisbane dan Sunshine Coast, kawasan yang terkenal dengan cuaca nyaman dan pantai berpasir emas.

Walaupun taufan adalah fenomena biasa di perairan tropika Australia, ia jarang melanda kawasan yang lebih padat penduduk di selatan.

Kawasan sungai utara New South Wales yang sering dilanda banjir, terletak di selatan Brisbane, turut dijangka terjejas.

Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns, menggesa penduduk bandar-bandar kecil untuk bersiap sedia menghadapi situasi bencana terburuk itu.

Penyelidik iklim, Tom Mortlock berkata suhu permukaan laut yang luar biasa panas menjadi punca kepada pembentukan taufan tersebut.

"Taufan Tropika Alfred mengingatkan kita bahawa taufan tropika masih boleh bergerak lebih jauh ke selatan," katanya.

Menurut ramalan rasmi, Taufan Tropika Alfred, berada pada kategori dua, akan membawa angin kencang dengan kelajuan sehingga 120 kilometer sejam dan berpotensi menyebabkan "banjir kilat yang berbahaya dan mengancam nyawa".- AFP

Kebakaran 75.67 hektar ladang kelapa di Gebeng punca jerebu

KUANTAN: Ladang kelapa seluas 75.67 hektar di kawasan Balok Baru di sini terbakar sejak 22 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, berkata daripada keseluruhan kawasan terbakar berkenaan, 66.773 hektar sudah dipadamkan manakala operasi pemadaman sedang dipertingkatkan bagi baki 8.903 hektar lagi.

Setakat ini, seramai 73 anggota terbabit dalam operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng serta dibantu 10 BBP lain antaranya Kuantan, Taman Tas dan Indera Mahkota sepanjang tempoh sembilan hari operasi pemadaman.

"Kebakaran ladang kelapa memasuki hari kesembilan (semalam) dan kawasan itu mula merebak berikutan angin kencang. "Sebuah pesawat jenis Mi-17 turut digunakan untuk memadam kebakaran," katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi pemadaman dibahagikan kepada tujuh sektor bagi mengelak kebakaran terus merebak.

Bantuan pam daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sebuah jengkaut daripada Jabatan kerja Raya (JKR) turut membantu.

"Secara keseluruhannya 103 pegawai dan anggota dari JBPM dan agensi sahabat terbabit dalam operasi kali ini," katanya.

 

Pelan tindakan pembakaran terbuka diaktifkan, tingkat pemantauan elak jerebu

PUTRAJAYA, 4 MAC: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) telah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu, menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pelan berkenaan diaktifkan pada 21 Feb lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri mengambil tindakan berjaga-jaga dan mencegah pembakaran terbuka.

Beliau berkata Prosedur Tetap Operasi (PTO) bagi Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran di Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Malaysia juga telah diaktifkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak 26 Feb.

“JAS juga telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti pemantauan melalui darat dan udara dengan menggunakan dron, serta memantau bacaan indeks pencemaran udara (IPU) dari semasa ke semasa.

“Koordinasi di antara agensi berkaitan bagi merancang kerja-kerja pemadaman dan kawalan kebakaran turut telah diadakan,” katanya dalam kenyataan hari ini susulan IPU di Balok Baru, Kuantan, Pahang merekodkan bacaan tidak sihat hari ini, susulan kebakaran tanah gambut di Ladang Kelapa Cherating di negeri itu.

Mengenai kebakaran itu, Nik Nazmi berkata usaha pemadaman sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui kaedah firefighting, water bombing dan kerja-kerja flooding di kawasan kebakaran dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Susulan bacaan IPU yang mencapai 201 hingga 300 di Balok Baru semalam, JAS telah mengeluarkan Nota Pemberitahuan Amaran 3A dan 3B kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk tindakan hebahan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah.

“Hebahan ini juga bertujuan bagi membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah atau negeri diaktifkan, dan memastikan tindakan dapat diambil selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya.

Nik Nazmi berkata beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2025 esok, yang antaranya akan melaporkan status terkini keadaan cuaca, kualiti udara dan sebagai platform bagi merancang tindakan dan strategi pencegahan pembakaran terbuka serta jerebu.

“Isu kebakaran yang berlaku di Ladang Kelapa Cherating, Kuantan, Pahang dan tindakan penyelarasan berkaitan akan turut dibincangkan melalui mesyuarat ini,” katanya.

Hari ini, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan penduduk sekitar Balok Baru terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan, untuk berhati-hati susulan pencemaran udara di kawasan itu.

– BERNAMA

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan diaktifkan

PUTRAJAYA - Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) telah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu, menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelan berkenaan diaktifkan pada 21 Februari lepas bagi membolehkan kementerian, jabatan, agensi yang berkaitan dan kerajaan negeri mengambil tindakan berjaga-jaga dan mencegah pembakaran terbuka.

Beliau berkata, Prosedur Tetap Operasi (PTO) bagi Melaksanakan Program Mencegah Kebakaran di Tanah Gambut Untuk Mengatasi Jerebu di Malaysia juga telah diaktifkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sejak 26 Februari.

"JAS juga telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti pemantauan melalui darat dan udara dengan menggunakan dron, serta memantau bacaan indeks pencemaran udara (IPU) dari semasa ke semasa.

Mengenai kebakaran itu, Nik Nazmi berkata, usaha pemadaman sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui kaedah firefighting, water bombing dan kerja-kerja flooding di kawasan kebakaran dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Susulan bacaan IPU yang mencapai 201 hingga 300 di Balok Baru semalam, JAS telah mengeluarkan Nota Pemberitahuan Amaran 3A dan 3B kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk tindakan hebahan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana di peringkat negeri dan daerah.

"Hebahan ini juga bertujuan bagi membolehkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah atau negeri diaktifkan, dan memastikan tindakan dapat diambil selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan,” katanya.

Nik Nazmi berkata, beliau akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan Bilangan 1 Tahun 2025 esok, yang antaranya akan melaporkan status terkini keadaan cuaca, kualiti udara dan sebagai platform bagi merancang tindakan dan strategi pencegahan pembakaran terbuka serta jerebu.

"Isu kebakaran yang berlaku di Ladang Kelapa Cherating, Kuantan, Pahang dan tindakan penyelarasan berkaitan akan turut dibincangkan melalui mesyuarat ini,” katanya.

Hari ini, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan penduduk sekitar Balok Baru terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan, untuk berhati-hati susulan pencemaran udara di kawasan itu. - Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search