OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Bomba berjaya kawal kebakaran bekas simpanan minyak sawit di Sibu

Bomba berjaya kawal kebakaran bekas simpanan minyak sawit di Sibu

SIBU, 17 Julai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya mengawal sepenuhnya kebakaran melibatkan longgokan bekas simpanan minyak sawit di kawasan pembinaan kapal milik Gimhwak Marine Industries Sdn Bhd, di Sungai Bidut, petang tadi.

Komander Operasi, Terrance Jimbun dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.18 petang, dan jentera tiba di lokasi sejauh 20 kilometer pada jam 5.39 petang.

“Kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 8 x 10 meter persegi. Api tidak merebak ke struktur kapal berdekatan. Pasukan menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan sumber air dari pam jentera untuk memadam kebakaran sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah operasi terkawal pada jam 6.12 petang, pasukan turut melakukan pemeriksaan menyeluruh pada struktur kapal berhampiran bagi memastikan keselamatan sepenuhnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.18 petang.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden ini. Turut membantu dalam operasi ialah anggota dari PDRM.

Pemilik premis dikenal pasti sebagai Yong Leong Hua dari syarikat Gimhwak Marine Industries Sdn Bhd.-TVS

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search