Bumbung rumah anggota bomba tercabut dilanda angin kencang
- Admin UKK
- Berita
KOTA SAMARAHAN, 17 Julai: Bumbung sebuah rumah milik anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan tercabut akibat dilanda angin kencang dalam kejadian yang berlaku di Kampung Niup, petang tadi.
Menurut laporan, insiden tersebut berlaku sekitar jam 5.06 petang dan melibatkan rumah milik Saiful Bahari Saini.
Ketika kejadian, terdapat tujuh penghuni di dalam rumah tersebut, dua lelaki dan empat wanita, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Komander Operasi, Justin Basik memaklumkan bahawa pasukan tiba di lokasi pada jam 5.29 petang dan memulakan operasi pemeriksaan serta penilaian kerosakan.
“Bumbung rumah dilaporkan tercabut dengan sebahagiannya mengalami kerosakan teruk akibat tiupan angin kencang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, setelah memastikan keselamatan penghuni dan keadaan terkawal, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 5.55 petang.-TVS