Seminar Disaster Management Working Group (DMWG) di Timah Tasoh Lake Resort, Perlis.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 November 2022 ~ Seminar Disaster Management Working Group (DMWG) di Timah Tasoh Lake Resort, Perlis.
Seminar anjuran Malaysia-Thai Border Coordination Office (MTBCO) ini dihadiri oleh 22 delegasi dari Malaysia yang diketuai oleh En Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Penyelarasan Operasi (NADMA) dan 18 delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Mr Mahamapisski Wamae, Director of Disaster Prevention and Mitigation Regional (Center 12).
Agensi daripada Malaysia terdiri daripada agensi dari Negeri Perlis manakala agensi dari Thailand terdiri daripada agensi dari Daerah Satun. Seminar ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta-peserta dari kedua-dua negara mengenai Mekanisme Pengurusan Bencana MKN 20 yang disampaikan oleh En Sapian bin Mamat dan SOP MALTHAI HADR yang disampaikan oleh En Rusli bin Ibrahim.
Majlis Pelepasan Pengedaran Kit Makanan Monsun Timur Laut Bagi Tahun 2022/2023
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
1 November 2022 ~ Sejumlah 62,500 unit Kit Makanan telah diedarkan ke seluruh negara sebagai kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.
YBrs. Encik Jamil Derus bin Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) NADMA bersama YBrs. Encik Abdul Rashid bin Bahri, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA hari ni telah menyempurnakan gimik pelepasan pengedaran bertempat di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor.
Pemberian Kit Makanan ini diharapkan akan dapat mengurangkan beban rakyat yang terkesan banjir.
Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Zon Sarawak bertempat di Sibu, Sarawak.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
28 Oktober 2022 ~ Hari ke-2 Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Zon Sarawak bertempat di Sibu, Sarawak.
Objektif utama bengkel adalah untuk memastikan kefahaman agensi-agensi terlibat terhadap fungsi dan peranan masing-masing sepertimana Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20 (MKN20).
Platform ini juga akan dapat membantu agensi-agensi berkaitan menambah baik strategi pengendalian bencana di peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK). Kunci kepada kejayaan sesuatu operasi bencana adalah bergantung kepada koordinasi yang cekap, menyeluruh dan pantas.
Kesiapsiagaan terhadap bencana perlu melibatkan kerjasama bersepadu di antara agensi kerajaan, bermula dari peringkat pusat, negeri dan daerah serta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuklah orang perseorangan.
Latih Amal Bencana “Ex Genting” bertempat di Genting Sempah, Gombak Selangor.
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
19 Oktober 2022 , 11.30 pm ~ Sedang berlangsung Latih Amal Bencana “Ex Genting” bertempat di Genting Sempah, Gombak Selangor.
Latihan yang di anjurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ini adalah bertujuan untuk menguji tahap persediaan dalam menguruskan bencana.
Seramai 400 petugas dari pelbagai agensi turut serta menjayakan latihan simulasi kali ini.
Latih Amal Ex Genting ini memberi tumpuan kepada simulasi bencana berkaitan kemalangan yang melibatkan bahan bahaya, runtuhan struktur dan kemalangan kenderaan.
Latihan ini juga melibatkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kerana memberi kebenaran penggunaan lebuhraya serta pihak ANIH Berhad yang menyediakan prasarana dan kemudahan kawasan bagi perlaksanaan latihan pada kali ini.
Platform ini juga dapat membantu agensi-agensi berkaitan menambah baik strategi pengendalian bencana pada masa hadapan
Terima kasih Pihak Resort World Berhad kerana memberi kerjasama dalam penggunaan kawasan sekitar Genting Highlands.
Sesi Webinar “Pengaplikasian Maklumat Dalam Pengurusan Bencana : Isu, Cabaran dan Langkah Ke Hadapan”
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
8 Oktober 2022, Sempena Oktober Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN), Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), NADMA dengan kerjasama MET Malaysia, DOSM, JUPEM, JPS dan UKM hari ini telah menganjurkan sesi webinar “Pengaplikasian Maklumat Dalam Pengurusan Bencana : Isu, Cabaran dan Langkah Ke Hadapan”
Ahli-ahli panel yang berkongsi ilmu dan pengalaman hari ini adalah En. Lim Ze Hui, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia, Pn. Hajah Ezatul Nisha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perangkaan Malaysia, Prof. Madya Ts Dr. Zulkefli bin Mansor, Pensyarah Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat UKM, Ir. Dr. Salwa binti Ramly, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Lt. Kol. Norazlin binti Pamuji, Pengarah Seksyen Perkhidmatan Geo-Dataraya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.
Objektif utama penganjuran adalah untuk mengupas isu dan cabaran berkaitan dengan pengaplikasian maklumat dalam pengurusan bencana di Malaysia serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh diambil agar kesiapsiagaan menghadapi bencana dapat ditingkatkan.
Webinar pada hari ini memberi penekanan kepada penggunaan amalan terbaik (best practices), teknologi baru muncul (emerging technologies), Big Data Analytics (BDA) serta Geographical Information System (GIS).
