OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

24 Disember 2022 - Alhamdulillah mayat terakhir telah berjaya ditemui pada hari ke-9 sejak berlaku kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali. Setelah disemak semula, jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh Batang Kali adalah seramai 92 mangsa. Daripada jumlah tersebut, seramai 61 mangsa terselamat dan 31 mangsa disahkan meninggal dunia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas yang telah bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali.
 
#PekaAmaran
#PatuhArahan 
#KesiapsiagaanTanggungJawabBersama
Previous Next

22 Disember 2022 (Hari ke-7) - Penemuan empat lagi mangsa semasa operasi SAR dijalankan yang dipercayai keempat-empat mereka merupakan satu keluarga yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Berkat doa rakyat Malaysia, empat lagi mangsa telah dijumpai pagi ini, menjadikan tiga lagi yang masih hilang. Salam takziah kepada waris dan keluarga mangsa. 
 
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#KesiapsiagaanTanggungjawabBersama
 
Previous Next

 22 Disember 2022 - Sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Seri Iman & Kawasan Bukit Mentok.
 
Demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, YAB Timbalan Perdana Menteri memohon agar seluruh penduduk yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu.
 
Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik.
 
Previous Next

21 Disember 2022 (Hari ke-6)- Seluruh rakyat Malaysia menzahirkan rasa dukacita terhadap penemuan mayat mangsa ke-26 yang dijumpai pada pagi tadi. Setakat hari ini, mangsa yang belum dijumpai seramai 4 orang. Semoga ahli keluarga mangsa terus tabah menghadapi dugaan ini. Mari sama-sama kita doakan agar operasi SAR yang diteruskan berjalan dengan lancar agar baki mangsa yang tinggal dapat dijumpai secepat mungkin.
 
Previous Next

20 Disember 2022 - Sekitar lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Kuala Besut 1, Terengganu. Tinjauan YAB Timbalan Perdana Menteri bertujuan untuk melihat keadaan banjir yang semakin membimbangkan khususnya di negeri-negeri Pantai Timur.
 
Keadaan ini berlaku setelah hujan lebat berterusan dan taburan hujan seperti di Daerah Besut ini meningkat 3 kali ganda daripada taburan hujan biasa akibat luruan kedua Monsun Timur Laut. Lantaran itu, YAB Timbalan Perdana Menteri telah meminta pihak Angkatan Tentera Malaysia melalui Menteri Pertahanan untuk memobilisasikan aset-aset yang tidak terlibat dengan banjir untuk ditempatkan di kawasan yang sedang dilanda banjir seperti di kawasan Pantai Timur ini.
 
Demi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, YAB Timbalan Perdana Menteri memohon agar seluruh penduduk yang berada di kawasan yang terdedah dengan bencana banjir agar dapat mengikut arahan pihak berkuasa tempatan dan berpindahlah sekiranya perlu. Mengikut Amaran Hujan Berterusan yang dikeluarkan oleh MET Malaysia, Negeri Terengganu masih berada di paras Bahaya dan sebarang kemungkinan masih boleh berlaku.
 
Agensi-Agensi menyelamat telah diarah untuk melaksanakan pemindahan awal ke PPS berdasarkan Amaran METMalaysia bagi mengelakkan kes-kes mangsa terperangkap di rumah berikutan kesukaran petugas untuk memasuki lokasi akibat terputus hubungan, air yang deras dan sebagainya. Semoga urusan kita semua dipermudahkan dan keadaan banjir beransur lebih baik.
 
 
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search