JOHOR BAHRU, Aug 24 — The Segamat police has received three reports on property damage due to this morning’s weak earthquake so far.
Segamat district police chief Supt Ahmad Zamry Marinsah said there was no report involving injuries or casualties received.
“Monitoring will be continued to ensure Segamat is safe, especially concerning security and public order,” he said in a statement today.
He advised the public to report any emergency incident to the nearest police station or the Segamat district police headquarters at 07-932422.
Two tremors were detected, the first a 4.1 magnitude quake in Segamat at 6.13am, and the second, a 2.8 magnitude quake at 9am in the area of Yong Peng near Batu Pahat district, about 28 kilometres northwest of Kluang, according to the Malaysian Meteorological Department. — Bernama
SEGAMAT – Sebanyak tiga laporan polis diterima melibatkan kerosakan harta benda akibat gegaran gempa bumi yang menggegarkan daerah ini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, laporan itu melibatkan kerosakan siling sebuah surau, retakan struktur rumah serta bangunan.
“Pihak polis sedia maklum mengenai kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di daerah ini pada pukul 6.13 pagi tadi. Sehingga kenyataan ini dikeluarkan terdapat tiga laporan polis melibatkan kerosakan harta benda dan tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Zamry berkata, pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan keadaan di daerah Segamat berada di dalam keadaan selamat terutamanya untuk orang awam.
Orang awam dinasihatkan untuk melaporkan sebarang insiden kecemasan yang berlaku dengan kadar segera kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Segamat di talian hotline 07-9324222. – KOSMO! ONLINE
SEGAMAT: Seorang penduduk di Kampung Tengah, di sini, berdepan pengalaman mencemaskan apabila rumah sewanya mengalami keretakan pada dinding dan lantai selepas kejadian gempa bumi lemah yang melanda daerah ini awal pagi semalam.
Menurut Azman Alidin, 44, sewaktu kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi, beliau tidak berada di rumah kerana bertugas di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Bandar Segamat.
“Saya merasai gegaran sewaktu berada di PKOD. Gegarannya agak kuat, tetapi kami semua selamat tanpa sebarang kecederaan. Namun, selepas pulang ke rumah sekitar pukul 8 pagi, saya terkejut apabila melihat retakan pada dinding ruang tamu. Di bahagian dapur, lantai dan dinding juga retak. Saya yakin ia berpunca daripada gegaran gempa bumi tadi,” katanya.
Azman berkata, ketika kejadian rumahnya tidak berpenghuni kerana isterinya berada di Labis.
Malah, beliau turut merasai gegaran kedua sekitar pukul 9 pagi ketika berada di rumah, namun bersyukur kerana tiada kerosakan tambahan berlaku.
“Gegaran kedua tidak sekuat yang pertama, hanya tiga hingga empat saat sahaja. Walaupun begitu, perasaan cemas tetap ada. Saya sudah membuat laporan polis dan pihak berkuasa juga hadir untuk memeriksa rumah saya,” katanya.
Azman menyifatkan kejadian itu sebagai satu pengalaman mendebarkan kerana dalam tempoh beberapa jam, bumi Segamat bergegar dua kali. “Semoga Allah melindungi kita semua daripada bencana yang lebih besar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya menerima tiga laporan polis berkaitan kerosakan rumah akibat gegaran tersebut.
“Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 4.1 skala Richter dilaporkan berlaku pada pukul 6.13 pagi. Gegaran itu turut dirasai di beberapa kawasan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan selatan Pahang.
“Sehingga kini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, namun pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan keadaan selamat,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya bertenang serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kerosakan harta benda atau situasi berbahaya akibat kejadian berkenaan.
Gempa bumi lemah jarang berlaku di Semenanjung, menjadikan kejadian ini antara yang mendapat perhatian meluas, khususnya kerana kesannya turut melibatkan beberapa negeri.tamanya untuk orang awam. – UTUSAN
‘Kami ingat ada rumah meletup’
- Admin UKK
- Berita
SEGAMAT – Penduduk di sekitar daerah ini cemas apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom sebelum disusuli gegaran akibat gempa bumi awal pagi semalam.
Jemaah yang sedang menunaikan solat subuh di beberapa surau dan masjid pula terkejut apabila turut merasai gegaran.
Seorang penduduk, Firdaus Zazali, 27, berkata, dia terdengar bunyi dentuman kuat seakan-akan letupan bom pada pukul 6.13 pagi dan kemudian berlaku gegaran dalam beberapa saat sahaja.
“Sewaktu kejadian, saya baru menunaikan solat subuh dan sedang bersiap untuk pergi kerja di Kampung Lubok Batu.
“Saya ingat ada rumah yang terbakar atau meletup, saya tinjau dekat luar rumah, tetapi tak ada apa-apa berlaku.
Firdaus yang bekerja pembantu kedai makan berkata, kejadian itu merupakan pengalaman pertamanya.
“Mula-mula gempa berlaku, saya panik juga, tetapi gegaran tu hanya beberapa saat dan sekali sahaja.
“Selepas itu, saya lihat di sosial media penduduk lain juga berkongsi rasa gegaran sama,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Tan Boon Eng, 40, dia juga mengalami kejadian itu dan bergegas keluar rumah selepas gegaran.
“Saya selalu bangun awal pagi dan bersenam di luar rumah serta mengambil udara segar waktu pagi.
“Tiba-tiba dengar bunyi seakan-akan guruh di langit sebelum rumah bergegar seperti mahu roboh. Saya takut dan keluar rumah untuk lihat apa terjadi. Gegaran sudah berhenti. Ia jadi sekejap sahaja,” ujarnya.
Seorang suri rumah, Halimah Shamsuddin, 42, pula berkongsi merasai gegaran kali kedua pada pukul 9 pagi semalam.
“Saya tengah memasak di dapur tiba-tiba terasa gegaran di kawasan dapur. Saya telefon suami minta pulang ke rumah di Buloh Kasap kerana saya takut,” katanya.
Imam Surau Kampung Sanglang, Saniman Abdul Samad, 63, berkata, ketika kejadian dia sedang mengimamkan solat subuh kira-kira pukul 6.13 pagi.
“Kami semua sedang solat subuh dan tengah tahiyat akhir sebelum memberi salam, kami rasakan gegaran yang agak kuat.
“Selepas itu bunyi dentuman kuat. Kami semua terkejut dan kemudian nampak kemasan siling surau jatuh di dalam ruang solat.
“Mujur tidak kena jemaah ketika solat. Alhamdulillah Allah lindungi kami semua. Ini adalah pengalaman pertama saya merasa gempa bumi,” katanya.
Jemaah surau berkenaan, Basir Pairin, 67, berkata, dia juga terdengar bunyi dentuman kuat dan gegaran berlaku.
“Kami semua yang sedang solat menghabiskan solat terlebih dahulu kerana sudah berada di tahiyat akhir.
“Selepas itu, kami berpandangan sesama sendiri dan tertanya-tanya bunyi apa yang kuat serta gegaran gempa bumi itu.
“Meremang bulu roma saya selepas gegaran itu kerana tidak pernah merasainya sepanjang hidup saya kejadian seperti itu,” katanya.
LISBON: A man has died while assisting wildfire suppression efforts in Portugal, raising the death toll to three as multiple fires continue to rage across the country.
The victim was working for a company contracted to help the northern municipality of Mirandela combat the flames when the fatal accident occurred.
Commander Paulo Santos of the National Civil Protection Authority confirmed the incident involved construction equipment being used for fire containment operations.
The victim was initially cited as being 75 years old, however local city hall officials told AFP he was 65.
Two water-bombing airplanes sent by Sweden through the EU’s civil protection agency were deployed to assist operations in the Sabugal area.
Fire crews were still battling four large fires on Wednesday morning, with the most complex blazes raging in the north and centre of the country.
Over 2,600 firefighters have been deployed to combat the wildfires, supported by about 20 aircraft.
Neighbouring Spain has also experienced severe wildfire activity, with four fatalities and a record 373,000 hectares burned this year.
The fires have been fuelled by heatwaves and drought blamed on climate change.
Since the start of the year, more than 261,000 hectares in Portugal have been destroyed by fires, according to the European Forest Fire Information System, compared to 143,000 hectares in 2024.
Portugal experienced a particularly devastating fire season in 2017, with 563,000 hectares scorched and 119 people killed. – AFP
