OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Kebakaran Putra Heights: Polis teruskan siasatan cari punca kejadian

KUALA LUMPUR: Insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang memasuki hari kelapan hari ini, menyaksikan komitmen berterusan polis untuk terus mengenal pasti punca kejadian api yang menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius itu.

Pelbagai faktor dikaji termasuk sudut mekanikal, alam sekitar, operasi serta keselamatan menjadi keutamaan siasatan polis selepas ini selain unsur kecuaian dan jenayah, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Siasatan melibatkan faktor mekanikal meneliti jika terdapat kemungkinan runtuhan struktur, kakisan (corrosion) atau kerosakan akibat aktiviti manusia manakala faktor alam sekitar melihat jika terdapat pergerakan air bawah tanah dan hakisan semula jadi yang boleh menyebabkan paip itu pecah.

Menurut Hussein, polis juga turut menumpukan siasatan terhadap operasi penyelenggaraan sistem saluran gas serta peralatannya.

Beliau menegaskan bahawa siasatan dijalankan dengan kerjasama agensi teknikal lain, serta menafikan wujudnya sebarang usaha daripada mana-mana pihak untuk menyembunyikan proses siasatan di lokasi kebakaran termasuk dakwaan menyorok kematian.
 
Polis juga tidak menerima sebarang laporan kehilangan harta benda akibat kecurian daripada mana-mana pihak dan sebanyak 120 anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am ditugaskan selama 24 jam di setiap simpang di Taman Putra Heights, Kampung Kuala Sungai Baru serta Kampung Sungai Baru yang berdekatan lokasi kejadian, bagi memastikan keselamatan harta benda penduduk yang terjejas.
 
Selain itu, Hussein berkata sebanyak 270 kediaman daripada 437 yang terkesan akibat insiden itu disahkan selamat diduduki selepas penilaian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
 
Selain itu, Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Datuk Ir Izham Hashim berkata bekalan elektrik dan telekomunikasi di kawasan terjejas akibat insiden berkenaan juga dijangka pulih sepenuhnya, Jumaat ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebanyak 39 orang daripada keseluruhan 150 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran itu masih menerima rawatan di hospital dan klinik dengan 17 mangsa dirawat di hospital kerajaan manakala 22 mangsa lagi di kemudahan kesihatan swasta, termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) melibatkan seorang lelaki berusia 21 tahun.

Semakan awal Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setakat ini pula mendapati 24 mangsa yang terkesan dengan insiden itu layak memohon bantuan peralatan pemulihan manakala syarikat pengurusan kenderaan, SPANCO, tampil menaja 55 unit motosikal dengan sebahagian besar penerima ialah penduduk Kampung Kuala Sungai Baru.

Insiden kebakaran saluran paip gas pukul 8.10 pagi pada 1 April itu mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas.

 

Putra Heights fire: Police continue investigation into possible causes

KUALA LUMPUR: Police are continuing their investigation into the cause of the gas pipeline fire in Putra Heights, Subang Jaya, which has now entered its eighth day. The fire which erupted on April 1 saw flames rising over 30 metres and temperatures exceeding 1,000 degrees Celsius.

Selangor police chief Datuk Hussein Omar Khan said that authorities are examining multiple factors, including mechanical failure, environmental conditions and operational issues.

The mechanical investigation is looking into the possibility of structural collapse, corrosion or damage due to human activity, while the environmental investigation is assessing whether underground water movement and natural erosion could have caused the pipeline to rupture.

Investigators are also examining potential negligence or criminal elements, while focusing on the maintenance operations of the gas pipeline system and its equipment, he said.

Hussein further clarified that the investigation is being conducted in cooperation with other technical agencies and dismissed any claims of efforts to conceal details, including fatalities.

 

Moreover, he said police have not received any reports of stolen property, but 120 officers have been stationed at key intersections in Putra Heights to protect residents' belongings.

He also confirmed that 270 of the 437 homes affected by the fire have been cleared for occupancy following assessments by the Fire and Rescue Department, the Public Works Department (JKR) and Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Meanwhile, Selangor's Infrastructure and Agriculture Committee chairman Datuk Ir Izham Hashim said that electricity and telecommunications services in the area are expected to be fully restored by Friday.

At present, the Health Ministry reported that 39 out of the 150 people affected by the fire are still receiving treatment. Of these, 17 are in government hospitals and 22 in private facilities, including a 21-year-old man in the intensive care unit (ICU).

Additionally, the Social Security Organisation (PERKESO) has identified 24 victims eligible for rehabilitation assistance, while vehicle management company SPANCO has donated 55 motorcycles to residents, primarily from Kampung Kuala Sungai Baru.

The fire, which took nearly eight hours to be fully extinguished, destroyed 81 homes and severely damaged another 81, with 57 homes affected but not burned, while another 218 homes were unharmed. – BERNAMA

 

41 mangsa masih terima rawatan

Sebanyak 41 daripada 149 mangsa yang terbabit dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya Selasa lalu, masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 19 mangsa dirawat di wad biasa hospital kerajaan, manakala 22 lagi di kemudahan kesihatan swasta.

“Tiada mangsa yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada sebarang kematian dilaporkan,” menurut data harian dikeluarkan oleh KKM.

Dilaporkan terdapat 14 pesakit di Hospital Putrajaya, dua di Hospital Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang; Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang.

Menurut KKM, seramai 108 pesakit sudah discaj dari kemudahan kesihatan awam dan swasta.

KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan

Camelia, selain di pos kawalan tempat kejadian dengan 88 individu menerima intervensi MHPSS.

Tujuh pasukan yang terdiri daripada 25 anggota petugas kesihatan, dipertanggungjawabkan untuk memberikan sokongan MHPSS kepada mangsa kejadian. -Bernama

Selamat mangsa tertimbus 72 jam

Pasukan MAS-01 Smart Nadma Operasi MyTeam Relief Gempa Bumi Myanmar, selamat kembali ke tanah air selepas selesai melaksanakan misi di tiga sektor kawasan gempa di Myanmar.

Pencapaian tertinggi dicatatkan selama tujuh hari di negara berkenaan adalah berjaya menyelamatkan seorang lelaki berusia 47 tahun yang ditemui hidup selepas 72 jam tertimbus dalam runtuhan sebuah hotel di Sektor Sagaing, Myanmar.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar berkata, Pasukan MAS-01 adalah satu-satunya pasukan Urban Search and Rescue (USAR) antarabangsa yang beroperasi di Sektor Sagaing dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di 11 kawasan runtuhan yang kebanyakan membabitkan struktur yang kompleks dan di luar keupayaan pasukan menyelamat tempatan.

Katanya, tiga sektor utama yang dipertanggungjawabkan kepada MAS-01 Smart Nadma bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah Naypyidaw, Mandalay dan Sagaing.

“Misi ini memberi peluang kepada pasukan Smart menguji tahap kesiapsiagaan dan pematuhan kepada piawaian USAR antarabangsa” Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Abdul Gapar Abu Bakar

“Selain menyelamatkan mangsa yang masih hidup, Pasukan MAS-01 Smart Nadma yang berada di Myanmar sejak 30 Mac lalu turut menemui dan mengeluarkan 10 mangsa yang sudah meninggal dunia termasuk empat kanak-kanak yang tertimbus dalam runtuhan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui 11 orang.

“Kecekapan anggota Smart, penggunaan peralatan dan kelengkapan (SAR) yang canggih dan berteknologi tinggi, kerjasama yang harmoni dengan pasukan tempatan serta keupayaan taktikal pasukan MAS-01 mendapat penghargaan daripada pemimpin dan komuniti setempat di Myanmar,” katanya selepas menyambut kepulangan 50 pegawai dan anggota MAS-01 di Markas Smart, Pulau Meranti, di sini.

Abdul Gapar berkata, misi ini memberi peluang kepada pasukan Smart menguji tahap kesiapsiagaan dan pematuhan kepada piawaian USAR antarabangsa.

Katanya, penyertaan Malaysia dalam misi ini juga membuktikan komitmen negara terhadap prinsip kemanusiaan dan solidariti serantau dalam pengurusan bencana.

Terdahulu, Pasukan MAS-01 Smart Nadma selamat mendarat di Lapangan Terbang TUDM Subang, jam 5 petang, kelmarin, dengan menaiki dua pesawat pengangkut A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

270 rumah selamat diduduki semula

Sebanyak 270 unit kediaman yang terjejas akibat kejadian letupan paip gas di Putra Heights, di sini, disahkan selamat untuk diduduki semula.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, membuat penilaian dalam jarak radius 325 meter dari tempat letupan.

“Semalam (Isnin) pihak polis mengumumkan 151 unit kediaman dikategorikan sebagai boleh diduduki dan hari ini (semalam) jumlah itu bertambah kepada 270 unit daripada keseluruhan 437 unit kediaman.

“Daripada 270 unit kediaman ini, ada beberapa perlu dilakukan pembaikan kecil selepas mengalami sedikit kerosakan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, Hussein berkata, dua langkah drastik diambil bagi mempercepat proses siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian letupan paip gas berkenaan.

Operasi 24 jam

Katanya, dua langkah itu membabitkan penambahan bilangan jentera dalam kerja pengorekan tempat kejadian, selain melaksanakan operasi selama 24 jam bermula kelmarin.

Beliau berkata, setiap agensi teknikal membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), JBPM, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (DOSH), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta

Kumpulan PETRONAS memainkan peranan masing-masing dalam proses siasatan di tempat kejadian.

“Pada masa ini, tumpuan utama kita dalam mempercepat siasatan ini masih lagi dalam proses menstabilkan tanah untuk expose (memperlihatkan) keseluruhan kawasan saluran paip gas.

“Setiap peringkat terbabit dalam kerja proses siasatan dan pembaikan di sini dan pelaksanaannya perlu dilakukan secara berhati-hati,” katanya.

Hussein berkata, tempoh siasatan mungkin lebih awal berbanding tempoh dua minggu seperti diumumkan sebelum ini.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search