OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

1 kawasan di Selangor, 11 di Sarawak catat IPU tak sihat

1 kawasan di Selangor, 11 di Sarawak catat IPU tak sihat

Kuala Lumpur: Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan Indeks Pencemar Udara (IPU) di beberapa kawasan di negara ini merekodkan bacaan tidak sihat di 12 stesen dengan Serian, Sarawak mencatat bacaan tertinggi iaitu 190, setakat, 2 petang hari ini.

Berdasarkan data, sebanyak 12 stesen pemantauan berada dalam kategori tidak sihat, dengan 11 daripadanya di Sarawak dan satu di Selangor.

JAS berkata, Serian merekodkan bacaan IPU 190, diikuti Samarahan (169), Kuching (165), Bintulu (159), Samalaju (155), Mukah (154), Sibu (154), Sri Aman (154), Sarikei (153), Miri (146) dan ILP Miri (123).

"Sementara itu, Johan Setia, Selangor turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 152.

"Manakala, 53 stesen dalam kategori sederhana antaranya di Shah Alam, Selangor dengan IPU 98, diikuti Putrajaya (96), Banting (91), Cheras (90), Labuan (90), Bukit Rambai, Melaka (89), Batu Muda (89) dan Petaling Jaya (88)," katanya pada satu kenyataan di sini, hari ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search