OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

MESYUARAT PRA-PERSEDIAAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA PUSAT (JPBP) BILANGAN 2 TAHUN 2024 | 12 September 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Pengarah Seksyen NADMA dan pegawai kanan dari pelbagai Kementerian dan Agensi secara fizikal dan dalam talian.
 
Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kertas pertimbangan yang melibatkan perkara-perkara yang memerlukan keputusan dasar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan menjurus kepada persediaan menghadapi MTL 2024/2025, untuk dipertimbangkan sebagai salah satu agenda di dalam Mesyuarat JPBP Bilangan 2 Tahun 2024 kelak.
 
Antara wakil Kementerian dan Agensi yang hadir semasa mesyuarat ini ialah wakil Kementerian Komunikasi, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Mineral dan Geologi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Previous Next

11 September 2024 - YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan barisan pengurusan tertinggi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Sesi kunjungan hormat ini merupakan kunjungan julung kali diadakan oleh Pengurusan Tertinggi NADMA sejak YBhg. Tan Sri dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan bagi memaklumkan berkenaan hal ehwal pengurusan bencana merangkumi dasar-dasar, mekanisme pengurusan bencana, program-program serta penambahbaikan pengurusan bencana yang telah dijalankan oleh NADMA bersama agensi- agensi Kerajaan yang berkaitan. Selain itu, YBhg. Ketua Pengarah NADMA turut memaklumkan berkenaan pewujudan Pusat Simulasi Bencana di Markas Pasukan SMART.

Previous Next

SESI KUNJUNGAN HORMAT DARI CEFS RESPONSE, KERTIH TERENGGANU KE PUSAT KAWALAN BENCANA NEGARA (NDCC) DAN LAWATAN KE TAPAK SIMULASI PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT KHAS MALAYSIA (SMART) | 10 SEPTEMBER 2024 | MARKAS SMART, PUCHONG
 
Sesi lawatan ini telah disertai oleh 24 orang pegawai dan kakitangan yang diketuai oleh Encik Tuan Nordisham bin Tuan Hussain (Head of CEFS Response). Sesi lawatan ini dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan pemahaman tentang fungsi NDCC dan Pasukan SMART. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan para peserta mengenai prosedur operasi standard NDCC dan Pasukan SMART dalam pengurusan bencana sekaligus mengeratkan perhubungan antara pengurusan CEFS dan NADMA.
 
Taklimat berkenaan pengoperasian NDCC dan sistem Defence Geospatial Information Management (DGIM) dalam pengurusan bencana telah disampaikan oleh En. Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki, manakala taklimat berkaitan pengoperasian Pasukan SMART telah disampaikan oleh Insp. Muhamad Zul Khairi bin Idris.
Previous Next

SESI PERBINCANGAN BERKAITAN PENGURUSAN REKOD DAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN DOKUMEN DIGITAL (DDMS) | 10 SEPTEMBER 2024 | IBU PEJABAT NADMA, PUTRAJAYA
 
Telah diadakan satu sesi perbincangan oleh Unit Pentadbiran bersama wakil dari Arkib Negara Malaysia (ANM), Puan Gowri A/P PS Thangaya selaku Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod Kerajaan, Arkib Negara Malaysia dan dua orang Pegawai Kader ANM yang ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Puan Hafizah binti Othman dan Puan Nur Syazwana binti Mohd Sham.
 
Sesi Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA dan dihadiri oleh wakil dari Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Mohamed Azriza Bin Abdul Karim dan Pn. Intan Syazwani Binti Saidin serta wakil dari Seksyen ICT, Pn. Zurriyati Binti Ya'kub dan Ts. Abrar Noor Akramin Bin Kamarudin.
 
Tujuan utama sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk membincangkan berkenaan Tatacara Pembangunan Sistem DDMS di NADMA bagi menggantikan penggunaan rekod secara fizikal kepada rekod digital. Justeru, Ia selaras dengan hasrat NADMA untuk membangunkan sistem DDMS bagi memudahkan pengurusan rekod di setiap Bahagian dan Seksyen pada masa akan datang.
Previous Next

KUNJUNG HORMAT NADMA KE MEDIA PRIMA | 9 SEPTEMBER 2024 | MEDIA PRIMA, BALAI BERITA BANGSAR
 
Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh Pengurusan Tertinggi NADMA di Media Prima. Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah sebagai langkah untuk mengukuhkan kerjasama erat antara pihak kerajaan dengan pihak media. Seramai 12 orang delegasi dari NADMA yang hadir diketuai oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah; Encik Zamakhshari bin Hanipah, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar); Encik Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi); YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi; Puan Nor Faeza binti Sabari, Ketua Unit Komunikasi Korporat; PgKB Tuan Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART); Encik Mohamed Azriza bin Abdul Karim, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pentadbiran & Sumber Manusia dan Puan Zurriyati binti Ya’kub, Ketua Penolong Pengarah Seksyen ICT.
 
Pengurusan Tertinggi NADMA telah diberikan taklimat ringkas oleh YBrs. Encik Rafiq bin Razali, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad. Diharapkan kerjasama erat di antara pihak NADMA dengan Media Prima dapat membantu menyebarluaskan lagi usaha NADMA dalam menyampaikan informasi kepada rakyat dan membuat persediaan awal ketika berlaku sesuatu bencana. Pemakluman hebahan daripada pihak Media Prima melalui pelbagai medium dapat membantu rakyat untuk sentiasa siapsiaga dalam menghadapi bencana sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan jiwa. Ini juga dapat memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan yang strategik dalam mengendalikan sesuatu bencana yang berlaku.
Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search