OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Terengganu | 16 Disember 2025

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama-sama YB Haji Mohd Hafiz Adam, ADUN Air Putih dan Tuan Haji Ahmad Nazwawi Harun, Pegawai Daerah Kemaman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kemaman serta wakil-wakil agensi kerajaan yang lain telah melakukan tinjauan lapangan di lokasi bencana banjir serta Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kemaman iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Batu 14 dan Dewan Sivik Kampung Air Putih.

Selain itu, beliau juga turut meninjau inovasi penduduk tempatan iaitu rumah rakit yang dibina bertujuan menghadapi fenomena banjir.

Previous Next

KUNJUNG HORMAT SURUHANJAYA TINGGI AUSTRALIA | 12 DISEMBER 2025

Wakil Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan hormat di NADMA bagi tujuan perbincangan pelbagai bidang kerjasama strategik yang berpotensi, termasuk aspek pengurusan dan pengurangan risiko bencana, sistem amaran awal dan teknologi serta pembangunan keupayaan termasuk operasi mencari dan menyelamat kedua dua buah negara. Hasil perbincangan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka dan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua buah negara.

Di pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur telah dihadiri oleh Mr. Lachlan McPhee, Second Secretary (Political & Economic) dan Ms. Teresa Skellett, First Secretary (Home Affairs) manakala di pihak NADMA diwakili oleh Puan Munirah binti Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Dasar) bersama para pegawai Seksyen Dasar dan Perancangan.

Previous Next

Sesi Pre Council Bersama YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Negara pada 11 Disember 2025 | 10 Disember 2025 | Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur

YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri akan menggulungkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh enam (6) YB Senator Dewan Negara bagi RUU Perbekalan 2026 di bawah tanggungjawab NADMA yang melibatkan pemerkasaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), penyelarasan operasi bencana, penyaluran bantuan bencana, inisiatif pengurangan risiko bencana dan penglibatan NGO dalam pengurusan bencana.

Sesi pre council ini telah disertai oleh YBrs. Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar NADMA serta Pegawai-Pegawai Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA yang lain.

Previous Next

Majlis Penyerahan Pusat Kawalan Bencana Negeri, State Disaster Command Centre (SDCC) Terengganu | 10 Disember 2025

Telah berlangsung Majlis Penyerahan State Disaster Command Centre (SDCC) Terengganu yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ab Rasid Jusoh, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Terengganu dan YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar Abdul Latif, Pengarah ICU JPM Terengganu selaku pelaksana. Turut hadir dalam sesi penyerahan ini ialah YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA, pegawai-pegawai daerah yang juga Pengerusi Jawatakuasa Pengurusan Bencana Daerah, ketua-ketua jabatan dan Agensi Negeri Terengganu.

Peruntukan SDCC oleh NADMA kepada Kerajaan Negeri akan beroperasi sebagai Pusat Kawalan Bencana Negeri yang akan memantau kejadian-kejadian bencana di seluruh Negeri Terengganu dan seterusnya melaporkan kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) melalui sistem Defend Geospatial Information Management (DGIM). Ini bagi memudahkan dan mempercepatkan tindak balas responder dan koordinasi bantuan dapat diselaraskan diperingkat negeri dan nasional.

Penubuhan SDCC ini bukan sahaja merupakan satu projek infrastruktur baharu, tetapi sebagai pusat kawalan utama yang akan memberi arahan dan menyelaras tindakan segera ketika berlaku bencana. Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA juga turut berkesempatan meninjau projek menaik taraf Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kepada Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di SMK Matang, Hulu Terengganu, Terengganu bagi memantau dan melihat sendiri perjalanan serta penyiapan projek di tapak bina. Turut hadir pada sesi lawatan ini adalah wakil KPM, SUK Terengganu, JPN Terengganu, PPD Hulu Terengganu, Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan JKM Hulu Terengganu.

Previous Next

Mesyuarat Berhubung Kejadian Banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 10 Disember 2025 | Menara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Putrajaya

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA telah hadir ke Mesyuarat Berhubung Kejadian Banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah membentangkan pelaporan teknikal masing-masing berkaitan kejadian banjir kilat dan situasi yang berlaku pada 4 Disember 2025 lalu di beberapa lokasi di Bandaraya Kuala Lumpur.

Mesyuarat ini juga telah bersetuju supaya NAHRIM dipertanggungjawabkan untuk membuat kajian berkaitan keberkesanan dan hala tuju Pelan Mitigasi Bencana Banjir bagi Bandaraya Kuala Lumpur dengan penglibatan para pemegang taruh seperti NADMA, JPS, DBKL, MET Malaysia, UKAS, PLAN Malaysia dan MYSA.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search