OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KARNIVAL USAHAWAN DESA @ FESTIVAL D'BENDANG MELAKA TAHUN 2025 | 21 DISEMBER 2025

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah menganjurkan Program Karnival Usahawan Desa (KUD)@ Festival D'Bendang Melaka Tahun 2025 dari 19 hingga 21 Disember 2025 bertempat di Kem Benteng Negara, Sg. Rambai, Melaka.

Penganjuran program yang berkonsepkan keusahawanan dan agropelancongan ini bertujuan untuk memartabatkan produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar melalui perluasan akses pasaran serta peningkatan aktiviti pemasaran dengan penglibatan lebih 150 usahawan desa. Program ini turut melibatkan pelbagai pameran oleh Jabatan/Agensi peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Majlis Perasmian Penutupan program telah disempurnakan oleh YB Datuk Rais Yasin, Exco Kanan Kerajaan Negeri Melaka. NADMA turut hadir ke majlis ini dan telah diwakili oleh Encik Abdul Raof Zahari, Puan Nurul Fatien Rusly dan Puan Nurfarahin Abd Aziz dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS).

Previous Next

LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN KELULI BERMODULAR (BAILEY BRIDGE) DI SUNGAI BALEH, LONG BANGA, MIRI, SARAWAK | 16 - 21 DISEMBER 2025

Seksyen Logistik, NADMA telah mengadakan satu lawatan tapak ke lokasi pemasangan Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) di Sungai Baleh, Long Banga, Sarawak.
Delegasi NADMA diketuai oleh Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik bersama Encik Muhammad Haydal Shukeri, Penolong Pengarah Seksyen Logistik.

Lawatan tapak ini turut disertai oleh wakil Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Sarawak, Pejabat Daerah Miri, Pejabat Daerah Kecil Bario, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, JKR Miri, serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) setempat.

Tujuan lawatan tapak ini adalah untuk menilai status kemajuan projek pemasangan jambatan, mengenal pasti isu-isu teknikal di lapangan, serta menyelaras tindakan susulan bersama agensi pelaksana bagi memastikan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lancar, berkesan dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

Selain itu, satu lawatan ke Sungai Benuang, Long Jeeh turut diadakan bagi meninjau keadaan kawasan yang dicadangkan untuk pemasangan Bailey Bridge sebagai penghubung antara dua buah kampung.

Previous Next

TINJAUAN LAPANGAN DI LOKASI BENCANA BANJIR MONSUN TIMUR LAUT 2025/2026 NEGERI PAHANG | 19 DISEMBER 2025

Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA bersama-sama Tuan Sulaiman Husin Pegawai Daerah Jerantut merangkap Pengerusi JPBD Jerantut serta wakil-wakil Agensi Kerajaan yang lain telah melakukan tinjauan lapangan di lokasi bencana banjir serta PPS SK Pedah.

Beliau mendapat taklimat daripada Pengerusi JPBD Jerantut berkenaan status semasa banjir di Daerah Jerantut kemudian melakukan tinjauan di Madrasah Al-Imaniah yang dinaiki air akibat banjir termenung daripada kawasan paya berdekatan.

Tinjauan lapangan diteruskan dengan menaiki bot menelusuri Sungai Pahang bagi meninjau rumah-rumah kampung di tebing sungai yang dinaiki air. Antara cabaran bagi JPBD Jerantut adalah keengganan penduduk kampung untuk berpindah ke PPS walaupun paras air sungai semakin meningkat. Perolehan bot Majlis Daerah Jerantut turut menyumbang kepada operasi menyelamat mangsa banjir di kawasan pedalaman.

Previous Next

SESI LAWATAN DAN TINJAUAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN), TAN SRI SHAMSUL AZRI ABU BAKAR KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) KUANTAN, PAHANG | 18 – 19 DISEMBER 2025

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Pandan dan Dewan Serbaguna Taman Tas, Kuantan, Pahang bagi menyantuni mangsa-mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

Sesi lawatan ini turut disertai oleh Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim, YB Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Kol (PA) Che Adam A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan.

Semasa lawatan tersebut Tan Sri KSN telah mendapat taklimat daripada Pegawai Daerah Kuantan mengenai perkembangan situasi semasa bencana banjir yang berlaku di Negeri Pahang. Tan Sri KSN juga turur menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terjejas bencana di PPS tersebut.

Beliau menzahirkan keprihatinan terhadap komuniti yang terkesan akibat bencana di samping memberikan sokongan moral dan penghargaan kepada para petugas barisan hadapan yang tanpa jemu berkhidmat demi keselamatan dan kesejahteraan mangsa.

Previous Next

MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH (JPBD) TEMERLOH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT DI TEMERLOH, PAHANG |Jumaat | 19 Disember 2025

Satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Temerloh telah diadakan bagi membincangkan persediaan pengoperasian banjir susulan kejadian banjir yang sedang melanda di Negeri Pahang.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA dan Dato’ Khairur Rizal Ramli, Pegawai Daerah Temerloh. Mesyuarat ini turut disertai oleh DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

Selain itu, Ketua Pengarah NADMA turut menyantuni mangsa yang terjejas akibat bencana ribut di Kampung Tanjung Kerayong Lebak, Mukim Lebak seterusnya menyampaikan sumbangan bagi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Kesiapsiagaan ini dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan bencana di Daerah Temerloh demi keselamatan dan kebajikan penduduk setempat.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search