OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMA KEPADA YB TIMBALAN MENTERI EKONOMI | 29 Disember 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi bertempat di Pejabat YB Timbalan Menteri Ekonomi hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pengurusan bencana negara, khususnya melibatkan peranan Kementerian Ekonomi dalam menyokong perancangan dasar, peruntukan serta pembangunan keupayaan nasional. Antara fokus utama perbincangan ialah inisiatif penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai panduan dalam proses pembuatan keputusan yang lebih berkesan, berasaskan data dan ramalan, bagi meminimumkan impak bencana terhadap rakyat dan ekonomi negara.

Dalam sesi pertemuan tersebut, YB Timbalan Menteri turut mencadangkan penganjuran program berasaskan AI yang bertujuan menjadikan teknologi ini sebagai medium utama dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara. Program ini diharap dapat meningkatkan keupayaan ramalan awal, pengurusan maklumat bencana secara masa nyata, serta menyokong penyelarasan tindakan antara agensi dengan lebih cekap dan sistematik. Usaha ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa pendigitalan dan inovasi teknologi demi kesejahteraan serta keselamatan rakyat.

Turut hadir dari NADMA ialah Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pelaksanaan Operasi, Puan Munirah Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Perancangan serta Puan Siti Mariam Abu, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Mitigasi.

Previous Next

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENGARAH NADMA | 24 DISEMBER 2025

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Nota Serah Terima Tugas antara Datuk Abdul Halim Hamzah, mantan Ketua Pengarah dan Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA yang baharu.

Seluruh warga NADMA merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Abdul Halim Hamzah yang kini menggas tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (KK) berkuat kuasa 24 November 2025.

Previous Next

SESI KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NADMA KEPADA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH | 23 Disember 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bertempat di Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membentangkan situasi semasa pengurusan bencana di peringkat nasional, termasuk perkembangan terkini kejadian bencana yang melanda negara, di samping membincangkan tahap kesiapsiagaan serta langkah-langkah strategik yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam menghadapi Monsun Timur Laut 2025/2026.

Dalam pertemuan tersebut NADMA juga turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan padu serta keprihatinan berterusan daripada YAB Timbalan Perdana Menteri dalam memperkukuh sistem pengurusan bencana negara, agar sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum demi menjamin keselamatan, kesejahteraan rakyat serta kelangsungan pembangunan negara.

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA HAL EHWAL DALAM NEGERI DAN PENYELIDIKAN MERANGKAP SEKRETARIAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI (JPBN) SABAH KE ATAS KETUA PENGARAH NADMA | 22 DISEMBER 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah menerima kunjungan hormat daripada Datuk Hj. Ag Shahminan Datuk Hj. Ag Sahari, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan merangkap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah khususnya dalam aspek pengurusan bencana. Antara perkara utama yang telah dibincangkan adalah mengenai:

i. Status kewangan dan perbelanjaan JPBN Sabah;
ii. Pelaksanaan projek berkaitan bencana di bawah peruntukan NADMA;
iii. Penggubalan Strategi Pengurangan Risiko Bencana (DRR) dan Pelan Tindakan bagi Negeri Sabah;
iv. Penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) melalui sistem MyIBJKM dari aspek pemantauan serta pelaporan oleh JPBN dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD); dan
v. Jalinan kerjasama dalam penganjuran Bengkel Latihan Tabletop Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX) berkaitan pengurusan bencana.

Turut hadir dari pihak NADMA adalah Tuan Hussain Moh, TKP (Pasca Bencana), Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, TKP (Operasi) dan Tuan Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan.

Sesi kunjungan hormat ini menjadi platform penting dalam memperkasakan kerjasama antara NADMA dan Kerajaan Negeri Sabah supaya dapat memastikan setiap perancangan dan inisiatif pengurusan bencana dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search