Ribut petir di Perak, Selangor, N Sembilan
- Admin UKK
- Berita
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda kebanyakan kawasan di lapan negeri, selain Putrajaya sehingga jam 7 malam ini.
Di Kedah, katanya, cuaca itu diramal di kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak membabitkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
"Di Selangor, cuaca itu diramal di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); serta Johor (Muar, Batu Pahat dan Pontian).
"Di Sarawak pula, cuaca sama diramal di Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah membabitkan mawasan pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar) dan Sandakan (Tongod)," kata hantaran itu.
METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Susulan itu, orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.