OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Previous Next

26 November 2025, Kelantan - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Rakan NADMA telah berada di lapangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan. Bantuan meliputi makanan dan keperluan hygiene, bantuan psikologi awal kepada kanak-kanak dan mangsa bencana, bantuan membawa keluar mangsa bencana dari kediaman ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta lain-lain bentuk bantuan bagi meringankan beban mangsa bencana yang terkesan.

Previous Next

Sesi Pre Council bersama YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada 27 November 2025 | 26 November 2025 | Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur

YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menjawab pertanyaan daripada YB Padang Terap di Dewan Rakyat berkaitan tanggungjawab NADMA yang melibatkan situasi semasa bencana banjir dan langkah kesiapsiagaan Kerajaan bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026.

Sesi pre council ini turut disertai oleh YBrs. Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar NADMA dan pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Previous Next

Tinjauan Operasi Pengurusan Bencana di Negeri Perlis | 26 November 2025

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim meneruskan sesi tinjauan pengurusan bencana ke Negeri Perlis bagi memastikan penyelarasan operasi di lapangan bersama agensi responder dan agensi sokongan dalam keadaan teratur dan kebajikan mangsa terus diberi perhatian utama.

Ketua Pengarah telah tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan 2020, Kangar, Perlis petang tadi yang menempatkan seramai 740 orang mangsa banjir. DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis turun mencemar duli bagi meninjau keadaan semasa bencana banjir serta menyantuni mangsa-mangsa banjir di PPS tersebut.

DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Amal Tengku Hajah Budriah Perlis kepada mangsa-mangsa banjir di sini.

YB Dato’ Rahimi Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis turut bersama-sama Ketua Pengarah telah diberi taklimat oleh pegawai bertugas berkaitan situasi semasa bencana banjir yang melanda Kangar dan kawasan sekitarnya.

Previous Next

Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Selangor | 25 November 2025

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA telah melakukan tinjauan lapangan di lokasi bencana banjir dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Desa Aman, Ijok, Kuala Selangor dan SK Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Beliau turut menyertai sesi turun padang bersama YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor di PPS SK Desa Aman, Ijok, Kuala Selangor yang diiringi YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Setiuasaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor dan Ketua-ketua Jabatan Negeri Selangor serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Kuala Selangor.

Previous Next

Lawatan Pemantauan Projek Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) SK Seri Medan Batu Pahat | 25 November 2025 | Batu Pahat, Johor


YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah berkesempatan hadir bersama-sama YB Dato’ Haji Ismail Haji Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) ke Projek Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) SK Seri Medan, Batu Pahat, Johor bagi melihat sendiri status pelaksanaan projek ini.


Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Jurutera Daerah JKR Batu Pahat selaku agensi pelaksana projek ini. YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA menyuarakan bahawa kepentingan projek ini merupakan projek yang memberi impak tinggi kepada mangsa bencana.


Turut hadir bersama Ir. Sulaiman Kamari, Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur NADMA, Pengarah APM Negeri Johor, Pegawai Daerah Batu Pahat, PPD dan Guru Besar SK Seri Medan.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search