OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Prepare for wetter days

PETALING JAYA: The La Nina phenomenon, which typically brings about wetter weather conditions, is expected to begin between July and September, says the Malaysian Meteorological Department (Metmalaysia).

Its director-general Muhammad Helmi Abdullah said the phenomenon typically reaches its peak towards the year-end and carries into early the next year.

“La Nina can last between five and 18 months. Based on international forecast models, the coming

La Nina is expected to be at a weak or moderate strength,” he said when contacted.

Muhammad Helmi, however, pointed out that each La Nina episode is unique and may yield different outcomes.

“Metmalaysia will continue monitoring the situation closely and updating information regarding the country’s weather based on the latest input from various weather models,” he said.

He also said La Nina, together with the northeast monsoon, which usually begins in November, could prolong moist weather conditions along the east coast of the peninsula up to March next year.

“Tropical storms are also expected to be more active in the west Pacific Ocean during a La Nina period. This can result in moist weather along the west coast of Sabah and northern Sarawak,” he said, adding that Metmalaysia will update this information from time to time.

The previous La Nina episode was in 2020 and only ended early last year. It was supposed to only last a year.

During that period, the Klang Valley experienced major flooding in December 2021 and March 2022. Baling in Kedah also experienced major floods in July 2022.

Universiti Teknologi Malaysia Disaster Preparedness and Prevention Centre director Dr Khamarrul Azahari Razak stressed the importance of integrating resilient infrastructure and development strategies across all stages, from design and construction to management and maintenance.

“We must adopt the Japanese model of the 3-Help – Public Help, Mutual Help and Self-help – to foster a comprehensive societal resilience against climate-induced disasters,” he said.

Khamarrul Azahari also called for increased budgets for disaster risk reduction actions, adding that most climate-induced disasters have a local impact.

He said the risk transfer mechanism for businesses, especially small and medium enterprises, should also be enhanced.

“The cascading impact of climate risk to local businesses and livelihoods is prevalent.

“For example, about 62% of our agriculture zones are at high risk, and its impact is very systemic, especially to poor, marginalised and disadvantaged communities,” he said.

Khamarrul Azahari said hazard risk maps should be updated, on top of promptly disseminating disaster hotspot information and enhancing risk communication strategies.

Peserta kursus PGA meninggal dunia akibat strok haba

IPOH: Seorang peserta Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (KAPGA) Siri 1/2024 di Pusat Latihan PGA (PLPGA) Ulu Kinta, dekat sini meninggal dunia semalam dipercayai akibat strok haba.

Lans Koperal Mohd Zulkifly Rozak, 31, dari Platun 6, Kompeni B Batalion 7 PGA, rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan itu pada Khamis dan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan, sebelum disahkan meninggal dunia jam 7.45 pagi semalam.

Komandan Pusat Latihan PGA Ulu Kinta, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir yang mengesahkan perkara itu berkata, sebelum dibawa ke HRPB, mangsa yang rebah ketika merentas desa pada Khamis dibawa terlebih dahulu ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, menaiki ambulans.

 

"Ketika dibawa mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri terus dirujuk ke HRPB, mangsa kemudian ditidurkan pada sebelah malam ketika di HRPB.

"Mangsa kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudian disahkan meninggal dunia semalam, serta punca kematian Mohd Zulkifly disahkan oleh doktor akibat strok haba dan kegagalan organ," katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Mohammad Hafiz berkata Mohd Zulkifly yang sudah berkahwin, bersama 251 peserta yang lain melapor diri bagi menjalani kursus asas PGA bermula 28 April dan dijangka tamat pada 26 Julai.

Jenazah kemudian dibawa pulang ke Kuala Terengganu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA. - BERNAMA

 

Negara dijangka berdepan cuaca ekstrem, agensi k'jaan siap siaga - TPM

Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif meliputi kesan kesihatan, kekurangan bekalan air, kebakaran hutan atau belukar, jerebu serta kekurangan hasil pertanian susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu semua agensi pengurusan bencana diingatkan supaya mengambil langkah aktif dalam mengurangkan risiko bencana berkaitan.

 Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia boleh dilaksanakan melalui tadbir urus yang cekap berlandaskan pengurangan risiko bencana dalam perancangan pembangunan, guna tanah, pengurusan air dan penyelenggaraan khususnya yang tertakluk di bawah kuasa negeri.

“Perkara ini perlu diberikan penekanan bagi mengelakkan bencana daripada terus berlaku dan memastikan pembangunan mampan untuk kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bilangan 1/2024 di sini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), agensi teknikal dan agensi tindak balas.

Ahmad Zahid yang juga pengerusi JPBP berkata Monsun Barat Daya dijangka membawa cuaca yang lebih kering dan kebanyakan negeri akan mengalami lebih banyak bilangan hari tanpa hujan.

Menurutnya mesyuarat tersebut turut mengambil maklum Sistem Pangkalan Data Hidrogeologi myGEMS milik Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta ketersediaan sumber air bawah tanah yang boleh diguna pakai sebagai sumber air alternatif termasuk untuk pemadaman kebakaran di kawasan tanah gambut.

“Terdapat 640 telaga aktif untuk kegunaan domestik serta 104 telaga di kawasan gambut dan hutan dengan kapasiti 176.13 juta liter air sehari. 

“JPBN diminta mengambil langkah sewajarnya untuk bersama-sama menghadapi situasi ini dengan meminta pengendali air meningkatkan kecekapan operasi mereka serta menyediakan sokongan logistik untuk memobilisasi bekalan air ke kawasan terjejas,” katanya.

Bagi operasi memadam kebakaran, beliau berkata agensi tindak balas berada pada tahap siap siaga dengan persediaan logistik sewajarnya bagi menghadapi kebakaran terbuka, dan secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan persiapan agensi kerajaan menghadapi cuaca panas serta kering semasa musim Monsun Barat Daya.

Sementara itu, menurut Ahmad Zahid Jabatan Alam Sekitar telah memaklumkan sejumlah 2,030 kes pembakaran terbuka disiasat dengan sembilan kes dibawa ke mahkamah, 630 dirujuk ke agensi lain, sementara 100 kompaun berjumlah RM200,000 dikeluarkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 April lepas.

Dalam mesyuarat sama, beliau melancarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia yang dihasilkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. 

Buku garis panduan itu bertujuan memastikan program CBDRM dapat dilaksanakan secara efektif di setiap peringkat JPBN dan daerah serta menyeragamkan pelaksanaan program CBDRM di Malaysia selaras dengan matlamat membentuk sebuah komuniti yang berdaya tahan terhadap bencana melalui aktiviti kesiapsiagaan.

Garis panduan tersebut boleh dimuat turun di laman sesawang Nadma di www.nadma.gov.my.

Bernama

Cuaca panas: Air terjun Jeram Pasu, Jeram Linang kering

PASIR PUTEH: Cuaca panas dan kemarau yang berterusan sejak Februari lepas turut memberi kesan terhadap beberapa kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun di negeri ini termasuk Jeram Pasu dan Jeram Linang yang terletak di jajahan Pasir Puteh.

Tinjauan BERNAMA di dua kawasan berkenaan mendapati air terjun yang menjadi tumpuan orang ramai itu kering dan kelihatan hanyalah beting pasir dan lopak air keruh di beberapa kawasan.

Penghulu Mukim Telipot Muhd Zali Mat Daud, 57, berkata keadaan itu berlaku lebih sebulan lalu menyebabkan kawasan berkenaan tidak lagi dikunjungi orang ramai.

 

"Sebelum ini, ramai penduduk kampung mengambil kesempatan mandi-manda di Jeram Pasu dan Jeram Linang kerana beberapa kawasan di sekitar mukim ini mengalami gangguan bekalan air. 

"Namun, air di pusat rekreasi ini semakin berkurangan sejak hujung bulan lalu dan keadaan semakin kering awal bulan ini," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

 

Muhd Zali berkata, peniaga juga terpaksa menutup operasi gerai masing-masing kerana kawasan itu sunyi sepi tanpa pengunjung. 

Kawasan berkenaan katanya, tidak pernah "sekering" itu sebelum ini walaupun pada musim kemarau.

"Selalunya tidaklah sampai ke tahap begini. Tahun ini, cuaca panas agak luar biasa dan dalam tempoh yang agak lama menyebabkan air kering dan yang ada hanyalah beting pasir sekali gus menjejaskan sektor pelancongan di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung dari Terengganu Rosnizah Zakaria, 47, berkata dia bersama beberapa rakannya terpaksa membatalkan hasrat untuk menikmati keindahan panorama dan menyegarkan diri di lokasi rekreasi itu selepas mendapati air di kawasan itu telah kering.

"Kita harap cuaca panas yang dialami ini akan segera berlalu dan lokasi pelancongan ini kembali meriah dan dikunjungi ramai selepas keadaan pulih seperti biasa," katanya.– BERNAMA

Ahmad Zahid lancar Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) di Malaysia.

Buku garis panduan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini merupakan satu usaha untuk membentuk sebuah komuniti yang berdaya tahan (resilient community) terhadap bencana melalui aktiviti kesiapsiagaan.

“Buku ini turut dihasilkan dengan kerjasama Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam serta sokongan daripada agensi Kerajaan, ahli akademik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)

“Garis panduan ini diwujudkan dengan tujuan memastikan program CBDRM dapat dilaksanakan secara efektif di setiap peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Negeri dan Daerah serta menyeragamkan pelaksanaan program CBDRM di Malaysia,” kata Ahmad Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Bilangan 1 bagi tahun 2024 yang turut dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan Agensi-agensi Teknikal serta Agensi-agensi Tindak Balas.

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search