OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kerajaan bersetuju menyemak semula Dasar Pengurusan Bencana Negara dalam meningkatkan daya tahan, mengukuhkan kesiapsagaan serta keupayaan menguruskan bencana dengan lebih baik.

"Pindaan itu dijangka akan memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisma pengurusan bencana negara," katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 di ibu negara.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Beliau berkata ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.

"Kita harus bersiap siaga lebih daripada kebiasaan dengan itu saya mengharapkan bahawa program yang kita rancangkan iaitu program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM).

"Kita harus menyediakan kesiapsiagaan kita daripada sekarang," katanya.

Pada Majlis tersebut, seramai 400 petugas barisan hadapan diberikan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim Monsun Timur Laut 2023/2024 yang berakhir pada Mac lalu.

Dasar Pengurusan Bencana Negara disemak semula

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju supaya Dasar Pengurusan Bencana Negara disemak semula bagi meningkatkan daya tahan, mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menguruskan bencana.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan semula Dasar Pengurusan Bencana Negara tersebut sekaligus bertujuan memastikan ancaman bencana berada pada tahap minimum.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks.

 “Pindaan Arahan MKN No.20 dijangka akan memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisma pengurusan bencana negara,” katanya pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di ibu negara hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan, kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dikelolakan oleh Nadma bersetuju menyediakan peruntukan awal RM5 juta yang boleh digunakan oleh agensi-agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Menurut beliau, peruntukan itu bagi melaksanakan program dan latihan berkaitan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti menghadapi bencana termasuk program Pengurusan Risiko Bencana Berorientasikan Komuniti (CBDRM). 

Selain, beliau berkata, dasar khusus dalam mengarusperdanakan pengurangan risiko bencana juga sedang digubal melalui Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara (DRR)

Ujar beliau, dasar di peringkat akhir
penggubalan itu akan menjadi dokumen utama yang menggariskan hala tuju Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaya tahan bencana, merangkumi semua sektor termasuk ekonomi, alam sekitar, sosial dan keselamatan.

Sementara itu, beliau memaklumkan, kerajaan sedang memperkemaskan pengiktirafan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) sebagai Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG)

“Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah memberi persetujuan untuk menyambung mereka yang dipinjamkan daripada beberapa agensi untuk berada di Nadma bagi memperkukuhkan pasukan Smart ini untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun ini dengan beberapa kenaikan elaun dan gaji.

“Selain itu terdapat dua buah negara yang memerlukan khidmat nasihat dan latihan daripada Smart kerana di rantau ASEAN Malaysia merupakan satu-satunya negara ada pasukan Smart dan diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Dasar pengurusan bencana negara akan disemak semula - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau sudah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum. 

"Sebagai usaha permulaan terhadap hasrat itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks.

"Pindaan Arahan MKN No 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara," katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

 Beliau berkata, ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata, sepanjang musim MTL lalu, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara (PPS).

Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan.

Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terbabit sepanjang musim MTL 2023/2024.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terbabit termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin.

Berucap pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, pihak media memberikan liputan yang amat baik ketika negara sedang mendepani bencana itu.

"Saya akan rasa bersalah kalau tidak berterima kasih kepada petugas media yang memberikan liputan amat-amat baik.

"Rupa-rupanya apabila kita menghadapi masalah bencana, tidak ada lontaran dan pandangan negatif yang dipalingkan kepada kita, ertinya kita sebagai rakyat Malaysia dan mereka sebagai pengamal media di negara ini tidak bergelut pendapat. Ini cukup membanggakan atas kerjasama pihak-pihak media," katanya.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan peranan agensi penguatkuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, kerajaan negeri dan badan bukan kerajaan yang turut sama berganding bahu semasa MTL. – BERNAMA

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rantau Asean dilanda 47 bencana minggu lepas – Pusat AHA

JAKARTA: Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Mengenai Pengurusan Bencana ASEAN (Pusat AHA).

Pusat AHA dalam kemas kini bencana mingguannya untuk minggu ke-18 tahun 2024 berkata Indonesia, Thailand dan Vietnam dilaporkan terjejas oleh bencana-bencana berkenaan.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), banjir dan tanah runtuh berlaku di Sulawesi Tengah, Sulawesi Selatan, Kalimantan Tengah, Sulawesi Utara, Banten, Kalimantan Timur, Sulawesi Tenggara, Gorontalo, Jawa Tengah, Maluku Utara, Sumatera Barat dan Riau.

Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) di Thailand melaporkan ribut dan insiden berkaitan angin di beberapa wilayah di utara, timur laut, tengah dan selatan.

Di Vietnam, VDDMA mendokumentasikan ribut dan kejadian berkaitan angin di wilayah Lao Cai, Yen Bai, Ha Giang, Cao Bang, Bac Kan, Tuyen Quang, Phu Tho, Thai Nguyen dan Quang Ninh.

Menurut laporan Pusat AHA, BNPB Indonesia melaporkan impak banjir dan tanah runtuh yang menyebabkan 13 kematian, 551 kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan seramai 14,800 keluarga atau 56,500 orang. Data daripada agensi bencana Indonesia juga mendedahkan bahawa kira-kira 12,400 rumah rosak, dengan 261 rosak sepenuhnya bersama-sama dengan 40 sekolah, 14 kemudahan kesihatan, lima pejabat kerajaan dan 20 rumah ibadat.– BERNAMA

Dasar Pengurusan Bencana akan disemak semula - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri bagi semakan semula dasar itu, yang sekali gus dapat memastikan ancaman bencana negara berada pada tahap minimum. 

"Sebagai usaha permulaan terhadap hasrat itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang di peringkat akhir proses semakan semula Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara agar selari dengan keperluan dan evolusi pengurusan bencana yang semakin kompleks.

"Pindaan Arahan MKN No. 20 dijangka memantapkan lagi pengurusan, lebih-lebih lagi ia merupakan dokumen rujukan utama dalam koordinasi dan mekanisme pengurusan bencana negara,” katanya.

 Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Pada majlis itu, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM5 juta yang disediakan kerajaan melalui Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). 

Beliau berkata, ia bagi pelaksanaan program serta latihan kesiapsiagaan dan kesedaran komuniti untuk menghadapi bencana termasuk program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan untuk digunakan oleh agensi dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana.

Secara keseluruhannya, Ahmad Zahid berkata sepanjang musim MTL lepas, sebanyak 27,505 keluarga dan 92,534 mangsa telah ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara (PPS). 

Katanya, jumlah mangsa juga adalah jauh lebih rendah berbanding 2022 iaitu 251,799 mangsa yang dipindahkan.

Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, agensi penguat kuasa, agensi tindak balas, agensi teknikal, syarikat telekomunikasi, badan bukan kerajaan dan pihak media yang terlibat sepanjang musim MTL 2023/2024. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak yang terlibat termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Nur-ul Afida Kamaludin. - Bernama

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search