JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarah mengambil langkah mitigasi sekiranya keadaan cuaca panas dan kering berlarutan sehingga menjejaskan kapasiti bekalan air di empangan negara ini.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, antara langkah sesuai termasuk penyusunan semula pengoperasian bekalan air supaya agihan dapat dibekalkan kepada kawasan terjejas, selain Operasi Pembenihan Awan (OPA).
Beliau berkata, kaedah OPA bagaimanapun bergantung situasi dan perbincangan dengan kementerian lain.
"SPAN akan memantau keadaan air dari semasa ke semasa... bila berlaku jangkaan dari segi musim kemarau dan sebagainya, SPAN akan berurusan dengan pihak operator air bagi memastikan pengurusan air lebih efisyen selain beberapa langkah mitigasi yang perlu diambil," katanya selepas melawat Pasar Kampung Melayu Majidee, di sini, hari ini.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan OPA di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.
Beliau dilaporkan berkata, operasi itu bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Muda di Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.
Ia satu daripada usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024
Merujuk data SPAN kelmarin, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus, manakala Empangan Bukit Merah adalah 15.25 peratus.
Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, syarikat operator air yang mengambil beberapa langkah mitigasi antaranya memperingatkan orang ramai berkaitan penggunaan air lebih cekap dalam tempoh beberapa minggu ini.
"Dalam keadaan kita menghadapi pemanasan global dan sebagainya, ini adalah kesan yang memang semakin mencabar kepada sektor air terutamanya bila keadaan bertambah ekstrem yang berpanjangan.
"SPAN akan sentiasa berhubung dengan pihak operator air untuk melihat langkah-langkah mitigasi dan terbuka untuk berbincang dengan pihak berkaitan bagi mengatasi isu ini," katanya.
Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.
Beliau berkata, operasi itu bagi meningkatkan paras air di Empangan Bukit Merah, Perak dan Empangan Muda, Kedah untuk tujuan pertanian dan kegunaan air domestik.
Merujuk kepada data Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara pada Jumaat (26 Julai), Ahmad Zahid berkata, peratus takungan semasa Empangan Muda ialah 9.44 peratus manakala Empangan Bukit Merah, 15.25 peratus.
"Usaha ini satu daripada usaha kerajaan menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga penghujung September 2024," katanya pada kenyataan, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, operasi itu dilaksanakan atas permohonan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (Iada) Kerian serta Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).
Pelaksanaan adalah menerusi penyelarasan antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Ahmad Zahid berkata, bekalan air dari Empangan Muda dialirkan ke Empangan Pedu, Kedah bagi keperluan domestik, industri dan pengairan padi.
Beliau berkata, tanaman padi Kawasan Muda adalah jelapang padi terbesar di Malaysia dengan keluasan 100,641.19 hektar terdiri daripada 81,606.66 hektar di Kedah dan 19,034.53 hektar di Perlis.
Sementara kawasan tanaman padi di Kerian, Perak yang menerima sumber air dari Empangan Bukit Merah pula adalah jelapang padi ketiga terbesar negara dengan keluasan 20,326 hektar.
"Kekurangan turunan hujan akan mengakibatkan takungan simpanan akan terus menyusut seterusnya tidak dapat menampung keperluan untuk jangka masa panjang," katanya.
Lebih sebulan Taiping tak hujan
- Admin UKK
- Berita
Taiping yang dikenali sebagai ‘Bandar Hujan’ tidak terkecuali daripada menerima kesan musim kemarau.
Bandar itu sudah lebih sebulan tidak menerima hujan dan keadaan itu amat jarang berlaku.
Tinjauan BH mendapati beberapa kawasan di Taman Tasik Taiping hampir kering kontang sehingga nampak dasarnya.
Keadaan tanah yang merekah turut menampakkan hidupan seperti siput mati.
Belum pernah berlaku
Pengunjung dari Kuala Kangsar, Zakri Yusoff, 60, berkata beliau terkejut dengan kejadian berkenaan dan seumpama itu
belum pernah berlaku.
“Sejak dari saya kecil lagi di sinilah tempat saya dan keluarga bersantai, khususnya pada waktu cuti sekolah.
“Saya bukanlah penduduk di
sini tapi sepanjang pengetahuan saya, belum pernah lagi melihat Taman Tasik Taiping kering.
“Jadi bila dah lama tak datang, hari ni saya terkejut apabila mendapati airnya sudah susut
lebih dari separuh sehingga menampakkan dasarnya dan boleh dilalui manusia,” katanya di sini.
Zakri berkata, bagi memastikan keadaan tasik ini terpelihara beliau mencadangkan pihak berkaitan agar mengorek dan mendalamkan lagi Taman Tasik ini bagi membolehkan pelbagai aktiviti air dapat dilakukan, biarpun musim kemarau.
ALOR SETAR: Release of water from the Beris Dam in Sik will be conducted periodically to stabilise the water levels in Sungai Muda, which serves as the water source for Kedah and Penang.
“Four days ago, there was a release of 10 million cubic metres of water from the dam into Sungai Muda,” said Kedah Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, adding that further periodic releases will follow until the water levels stabilise, ensuring clean water supply for Penang and Kedah.
The move was in response to a request from Penang due to declining water levels in Sungai Muda near the Penang Water Supply Corporation intake in Lahar Tiang, Bukit Mertajam.
“We sympathise with our neighbour, as I have seen images of drought at the Lahar Tiang intake due to the receding water levels of Sungai Muda,” he said after chairing the Kedah exco meeting on Wednesday.
KUALA LUMPUR - Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.
Menurut laporan ringkas status cuaca panas Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada Selasa, daripada jumlah itu, 26 kes adalah strok haba, 78 kes kelesuan haba dan lapan kes kejang haba.
Tiada kes kematian baharu dilaporkan pada minggu ini dengan jumlah kematian akibat strok haba kekal lima kes.
"Tiada kes yang dirawat di hospital pada masa ini. Semua kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh," menurut NADMA.
Mengenai ramalan cuaca, dua siklon tropika pada kategori taufan dan ribut tropika sedang aktif di timur laut Filipina dan Laut China Selatan menyebabkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Menurut laporan itu, berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan dijangka kembali normal apabila dua siklon tropika itu melemah mulai 27 Julai. - Bernama