OFFICIAL PORTAL
PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
NATIONAL DISASTER MANAGEMENT AGENCY

News

Ribut petir hampir landa seluruh negara malam ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Dungun dan Kemaman).

“Amaran ribut petir dijangka di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Sarawak termasuk daerah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

“Manakala di Sabah kawasan yang terjejas termasuk bahagian pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Gempa bumi 3.6 Skala Richter landa utara Laos

VIENTIANE: Gempa bumi berukuran 3.6 pada skala Richter melanda wilayah Phongsaly di utara Laos pagi tadi, namun tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.

Menurut laporan Pusat Data Maklumat Gempa Bumi Kebangsaan Laos, gempa berlaku di daerah Yord Ou, wilayah Phongsaly, kira-kira 750 kilometer di utara ibu negara Vientiane, pada 9.40 pagi waktu tempatan.

 

Gempa berpusat pada 21.995 darjah utara dan 101.655 darjah timur, pada kedalaman 10 kilometer, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa tempatan kini sedang memantau aktiviti seismik di kawasan itu dan akan menyediakan maklumat terkini dari semasa ke semasa. – BERNAMA-XINHUA

Pemantauan berkala elak bencana infrastruktur industri berfrekuensi tinggi - Pakar

KUALA LUMPUR: Kegagalan infrastruktur industri berfrekuensi tinggi perlu ditangani melalui pemantauan berkala bagi mengelak bencana besar kepada rakyat.

Walaupun kegagalan atau bencana jarang terjadi di negara ini, ia tidak mustahil berlaku seperti tragedi letupan saluran gas di Putra Heights di Puchong, Selangor, 2 April lalu.

 

Pensyarah Pengurusan Pembinaan dan Penyelidik Utama Sustainable Construction, Infrastructure and Environmental Management (CSIEM), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Prof Madya Dr Haryati Shafii, berkata pematuhan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan adalah elemen yang ditekankan dalam setiap pengoperasian pekerjaan.

Ini kerana, kata beliau, tragedi boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya pemantauan secara berkala terhadap apa juga aktiviti yang membabitkan aspek keselamatan dan kesihatan diabaikan pihak berkepentingan.

Oleh demikian, beliau berkata, sudah tiba masanya masyarakat perlu mengambil endah dan cakna terhadap aspek kesedaran dan keselamatan itu memandangkan bencana boleh berlaku bila-bila masa tanpa mengira lokasi geografi.

 

"Antara langkah yang boleh dilakukan masyarakat dalam meningkatkan kesedaran dan keselamatan adalah melalui pemantauan infrastruktur. Apa juga aktiviti pembinaan, infrastruktur atau apa sahaja aktiviti membabitkan aspek keselamatan dan kesihatan hendaklah diperiksa secara berkala.

"Ini boleh mengelak kemungkinan berlakunya perkara tidak diduga mahupun kemalangan di luar jangkaan kita.

"Komuniti dan penduduk setempat harus dilibatkan sebagai mata dan telinga masyarakat dan kerajaan dalam memastikan keselamatan diri dan tempat tinggal mereka. Penduduk bukan sahaja perlu dibabitkan dalam kempen keselamatan bahkan perlu sentiasa cakna dengan persekitaran.

"Persatuan Komuniti setempat ataupun Jawatankuasa Kampung (JKK) boleh dibabitkan dalam bersama-sama menjayakan program keselamatan komuniti untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab bersama. Komuniti perlu segera membuat laporan sekiranya didapati berlaku peristiwa, kejadian atau kerosakan yang tidak sepatutnya berlaku di kawasan tempat tinggal mereka," katanya kepada BH, di sini hari ini.

BH sebelum ini melaporkan, tiada kemas kini data baharu terhadap jajaran dan kedudukan paip gas bawah tanah selepas bertahun-tahun pembinaan dan pembangunan infrastruktur disiapkan, mencetuskan risiko keselamatan kepada orang awam.

 

Pakar dan perunding pemetaan negara, Jalal Johari yang juga Profesor Adjung Universiti Geomatika Malaysia, berkata banyak saluran paip gas di Malaysia tidak mempunyai pelan siap bina atau as-built yang lengkap, sekali gus sukar untuk memastikan keselamatannya.

Katanya, meskipun pembangunan di kawasan atas laluan paip bawah tanah memperoleh kelulusan pihak berkuasa, ia sebenarnya begitu berisiko dan perlu dielakkan serta memerlukan reka bentuk terperinci, selain pengawasan teliti ketika pembinaan dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Haryati berkata, latihan kecemasan seperti latihan simulasi gempa bumi, banjir, kebakaran dan letupan perlu dibabit aktif oleh masyarakat melalui penganjuran pihak komuniti, sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pihak swasta dalam persediaan menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Selain itu beliau berkata, kempen kesedaran awam terhadap bencana sama ada daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT), badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan perlu diperhebatkan dalam komuniti dan masyarakat.

"Kempen ini termasuklah pengetahuan dan pendedahan terhadap bencana, tindakan kecemasan dan bagaimana bertindak sekiranya berhadapan dengan bencana itu.

"Malah melalui kemudahan dan capaian internet yang memuaskan, kempen seperti ini akan mudah disebarkan kepada semua lapisan masyarakat, baik di bandar mahupun luar bandar," katanya.

Haryati berkata, tragedi di Putra Heights itu sebenarnya memberi satu isyarat perlunya kesedaran dan keselamatan masyarakat ditingkatkan terutama di kawasan yang berdekatan dengan infrastruktur industri.

Katanya, ia memberi peringatan bersama mengenai keselamatan harta benda dan nyawa masyarakat yang perlu menjadi keutamaan dalam apa juga situasi.

"Kita tidak boleh bertolak ansur apabila ianya membabitkan aspek keselamatan. Langkah-langkah yang proaktif dan kerjasama antara pihak berkuasa, agensi yang terbabit dan masyarakat perlu dilakukan bagi memastikan sebarang risiko insiden seperti ini tidak berulang.

 

"Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan komuniti," katanya.

 

 

Malaysia’s humanitarian mission to Myanmar: a responsible step backed by Asean

KUALA LUMPUR — Tan Hong Pin, the Member of Parliament for Bakri, has defended Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s meeting with Myanmar’s military leadership, arguing that former foreign minister Saifuddin Abdullah’s criticism overlooks the visit’s primary objective.

In a statement today, Hong Pin acknowledged that differing views on foreign policy approaches are acceptable but stressed the importance of separating political posturing from urgent humanitarian action.

“Anwar’s visit is not a departure from Asean’s collective stance. Rather, it is a move made with the full knowledge and support of Asean leaders, driven by the pressing need to deliver humanitarian assistance to the people of Myanmar in the wake of a catastrophic earthquake,” he said.

In a previous statement, Saifuddin reaffirmed his long-standing stance that Malaysia and Asean should only engage with Myanmar’s National Unity Government (NUG), the National Unity Consultative Council (NUCC), and other relevant stakeholders.

Saifuddin highlighted that throughout his tenure as foreign minister, under the leadership of prime minister Ismail Sabri Yaakob, Malaysia had consistently declined to recognise the Myanmar junta in both bilateral and multilateral settings.

Hong Pin added that while Malaysia recognises the importance of engaging with all relevant parties, including the NUG and NUCC, it is crucial to stress that its current engagement with the military leadership is purely humanitarian in nature.

“It does not signal political recognition of the junta. Instead, it is a pragmatic and time-sensitive effort to facilitate the effective delivery of aid to those most affected by the recent 7.7 magnitude earthquake, which claimed over 3,600 lives and left more than 6.3 million people in need.

“This mission aligns with Malaysia’s pledge of RM10 million in humanitarian assistance and includes the deployment of the Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (Smart),” he said.

“The PM’s discussions are also aimed at ensuring an extension of the ceasefire between the military and rebel groups – an essential condition for safe and unhindered relief operations.

“Malaysia remains firmly committed to the Asean Five-Point Consensus and continues to advocate for a peaceful, inclusive, and democratic resolution to the crisis in Myanmar. However, in times of natural disaster, political considerations must not impede life-saving aid efforts.

“This is not about legitimising any regime. It is about saving lives and ensuring that aid reaches those who need it most.

“We urge all stakeholders, both within and beyond Asean, to support efforts that prioritise the welfare of the Myanmar people and to approach this humanitarian crisis with the unity and responsibility the moment demands,” Hong Pin added. — April 18, 2025

Tumpu isu rakyat, realisasi Ipoh bandar bestari, misi Datuk Bandar Ipoh

IPOH: Isu rakyat serta penyelenggaraan kemudahan awam akan diberikan tumpuan utama dalam memastikan visi menjadikan Ipoh sebagai ‘Bandaraya Bestari Sejahtera’ dapat direalisasikan, kata Datuk Bandar Ipoh Zamakshari Hanipah.

Beliau yang baru mengangkat sumpah ke jawatan Datuk Bandar hari ini berkata walaupun perkara itu bukan satu tugas yang mudah, namun ia merupakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh setiap warga bandar raya ini.

“Saya akan memastikan isu sampah, longkang dan rumput serta isu penyelenggaraan kemudahan awam termasuk jalan berlubang diberikan keutamaan. Ini bagi menjadikan Ipoh sebagai bandar raya yang ceria, bersih dan mesra alam.

“Kita perlu sedar bahawa tugas yang diamanahkan ini adalah untuk kesejahteraan wargakota Ipoh, kerana mereka adalah majikan kita yang sebenarnya, kerana merekalah yang membayar gaji kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Pelantikan Ahli Majlis MBI di Dewan Mesyuarat MBI, di sini, hari ini.

Terdahulu Zamakshari mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Ipoh ke-13 disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching.
 

Zamakshari yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menggalas tugas berkenaan menggantikan Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud yang mengakhiri perkhidmatan pada 31 Mac lepas.

 

Disclaimer
The Government of Malaysia and the National Disaster Management Agency (NADMA) shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search